Riuh rendah satu Malaysia bermula pada tarikh 8hb Mac 2008. Sehingga ke saat ini, riuh rendah itu masih belum reda. Tidak kurang juga orang-orang yang terkejut sehingga khabarnya ada yang mati terkejut. Seorang Datuk yang dikenali dengan nama Z baru sahaja mati dengan alasan sakit jantung. Mungkin juga mati terkejut dengan fenomena tsunami yang melanda negara. Tapi, taqdir menentukan sudah ajalnya begitu. Wallahua'lam.

Saya adalah di antara orang yang terkejut dan sehingga kini perasaan terkejut itu masih ada. Terkejut dicampur dengan rasa tidak percaya. Seolah-olah berlaku keajaiban di depan mata. Atau mungkin satu persembahan silap mata yang dianjurkan oleh tuhan?

Ketika hari 8hb Mac 2008, ramai orang yang sibuk. Tidak kurang juga yang buat-buat sibuk. Tidak ada siapa yang menjangka keputusan yang akan terjadi di malam harinya. Pada siang hari itu, perjalanan berjalan dengan biasa saja.

Pada malam selepas siangnya, saya berjumpa dan bercakap-cakap bersama sahabat2 yang bertungkus lumus. Bertemu di satu tempat yang menjadi tumpuan orang di kawasan saya ketika itu. Masuk sebentar ke tempat yang banyak dipenuhi abang-abang polis untuk sekadar meninjau apa yang ada di dalam tempat itu. Sekali sekala senyum dengan abg2 polis.

Setelah beberapa minit, saya bergegas pulang untuk menonton tv. Saya yakin dan percaya majoriti rakyat Malaysia ramai yang menonton TV pada malam itu. Entah mengapa rancangan TV ketika itu semuanya seragam kecuali 8TV. Mungkin stesen2 TV itu sudah berpakat untuk menyiarkan rancangan yang sama walaupun berlainan cara.

Keajaiban demi keajaiban mula terjadi. Debaran demi debaran silih berganti. Mengapa ini terjadi? Angin sepoi2, bertukar menjadi ribut. Dari ribut bertukar menjadi tsunami.

Apa hikmahnya di sebalik peristiwa 8hb Mac ini?

Saya ada jawapannya: Kerja Tuhan.

Ketahuilah, doa orang yang teraniaya akan terus sampai 'direct' kepada tuhan tanpa tapisan. Hatta doa itu diminta oleh orang kafir sekalipun, ianya tetap sampai direct kepada tuhan. Makbul atau tidak, itu cerita lain. Namun, melalui peristiwa 8hb Mac ini, bagi orang yang beriman, maka mereka sedar bahawa tuhan bersama-sama dengan mereka.

Tidak ada sesuatu pun yang mampu merubah kejadian di dunia ini melainkan Allah.

Post a Comment

Anonymous said... March 17, 2008 at 12:20 PM

Barisan Nasional byk berjasa kepada Malaysia...

Random Posts

3/random/post-list
 
Top