Saya secara peribadi mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Faisal menyertai pertandingan nyanyian Akademi Fantasia. Adakah perlu dinayatakan hujah?
Sudah terang lagi bersuluh, program itu maksiat, mengapa perlu masuk ke dalam maksiat?AF umpama lubuk sampah sarap. Adakah perlu dimasukkan 'dakwah' ke dalam sampah sarap? Adakah Islam yang suci lagi bersih ini wajar di masukkan ke dalam tong sampah yang di dalamnya penuh dengan sampah sarap dan segala macam kebusukan?
Faisal yang saya sedari kewujudannya di pentas nasyid melalui keanggotaannya di dalam kumpulan Far East. Apa yang terdetik di hati saya, Faisal ini bagus. Bagus nya mungkin kerana menggantikan Anas dan Naim. Dan bagusnya itu juga dipengaruhi dengan rakan barunya yang satu lagi iaitu Ustaz Nabil. Melihat raut wajahnya di video klip Far East, seolah-olah menampakkan wajah orang yang memiliki keperibadian yang mulia. Wajah yang lembut. Wajarkah juga digelar wajah jambu?
Bila Faisal masuk AF, barulah orang2 lain mula hendak mengenali beliau. Sebelum ini pun saya tidak tahu namanya ialah Faisal. Saya menonton rakaman persembahan Faisal di youtube dan apa yng boleh saya katakan kepada Faisal adalah: Hancur!
Alangkah rendahnya martabat Islam di kala Faisal beraksi di pentas. Martabat Islam semakin berada di bawah tapak kaki apabila tiba slot kritikan daripada para pengkritik.
Ajai mempersenda Faisal dengan kata-kata 'ana ente' secara memperli memperlihatkan Islam ditidakkan di dalam program tersebut. Ogy juga apatah lagi dengan kata-kata yang cukup menyakitkan hati.
Saya berdoa agar Faisal akan tersingkir di peringkat awal lagi. Mari berdoa agar Faisal tersingkir! Agar maruah Islam tidak lagi dipijak pijak.Kepada Faisal, anda sudah tidak tersenarai sebagai orang yang mahu memperjuangkan Islam!
Post a Comment
persembahan faisal mmg teruk mase kat af..
baling je dgn telur tembelang
huh!? :O
sorang lg turun...sblm ni Faizal Tahir dr Mirwana... lepas ni sape lak... huh!? :O
Post a Comment