INI ADA LAGI KOLEKSI SOAL JAWAB SAYA BERSAMA ADIK JUNIOR SEMASA SAYA DI ALAM PENGAJIAN DAHULU.

Soalan:
a.safa ,adakah jika kita insaf hanya main2....
cth nye klau kata smlm je insaf hr x pula....@ hr ini je insaf ,esk entah le....@ dah insaf dngar apa ecxo ckp ....
tp hr lain x pula.waslm

kalau blh ana hrp a.safa blh bg hikmah sebalik menutup aurat tersebut....ini adalh susah bg mrk yg x ada ilmu agama d dlm diri mrk.
persoalan yg mrk slalu tnya ialah..knp mesti menutup aurat sedang kan cuma ada di korido blok dan jauh dr mata bkn mahram....
mrk x th apa sbb sbnr menutup aurat,mrk cm th ttg allah yg perintahkan....
a.safa kalau blh saya ingin a.safa selesaikan satu pemasalahan yg brlaku d kamsis yg d mana mrk x mh menutup aurat....

Jawapan
Perkara aurat adalah satu perkara yang bukan remeh tetapi telah dianggap ringan sesetengah pihak.
Banyak pihak membahaskan berkaitan dengan aurat ni. Abg bukanlah ustaz yang mampu untuk memahamkan umaira kat sini. Mungkin hanya mampu memberi pendapat..........

Kita skop kat budak2 kat kamsis la ye........

Bende ni datangnya dari diri sendiri. Maybe kita boleh membantu untuk memahamkan mereka. Dari satu sudut, itu adalah satu dakwah. Tapi, nak bagitau kat sini, itu semua Allah punya kerja. Jangan kita pertikaikan........ contohnya: kenapalah ko ni tak dapat2 hidayah. Ko nak masuk neraka ke......

mungkin kita boleh berusaha untuk membantu mengubah dirinya.

Secara amnya, bebudak ni telah terdidik oleh mak bapak diorang dengan cara berpakaian sedemikian. Mana mungkin dengan masa setakat ni dah 2 bulan kat sini kita nak mengubahnya suruh berselubung padahal dah 18 tahun dia hidup bergelumang sebegitu rupa.

Umur bebudak ketika remaja ni la yang paling senang dilentur. Jadinya, kita mestilah bijak untuk mencorakkan mereka ini agar sekurang2nya mereka faham akan nilai murni Islam itu sendiri.

Bagi abg, kaedah2 banyak yang dah abg cuba. Contoh: melalui senyuman, cara cakap, cara jalan, cara memimpin dan banyak lagi. watak yang ditonjolkan akan menyebabkan kita akan mudah didampingi orang.Itu hanya plan yang pertama. Banyak lagi plan boleh digunakan. Kita boleh masuk kat diri dia secara berperingkat. Banyak kaedah sebenarnya.

yang paling penting kene ingat: Buat kerja dakwah, janganlah diharap akan ending tu berkesan atau berjaya. Tapi yang paling utama adalah niat kita ikhlas untuk membantu agama Allah tertegak di atas muka bumi Allah ini.

nak bagi hikmah menutup aurat banyak dik. Antaranya:
1. dalam surah annur:31 kalu tak silap, menutup sebegitu rupa akan menyebabkan kamu tidak akan diganggu. Contohnya kalau kat kampus. Muslimat tudung labuh ngan yang pakai sendat. Bebudak 2 lelaki akan kacau sape? komfom deme akan swiit2 budak2 pompuan yg pakai sendat tu.

2. kalau muslimat: kajian mendapati bahawa kulit muslimat ni sensitif pada udara dan cuaca sekeliling. Natijahnya, maybe kulit akan rosak, merekah dll. So, kene la pakai stokih, lengan.........

3. ingat tak dulu, Hawa diciptakan untuk penghibur, penghias, pelengkap bagi hidup Adam. So, kira musliimat ni aset atau barang berharga yang wajib kene jaga. Takkan barang2 kemas yang kita beli nak letak bersepah2 kan. Begitulah nilai muslimat di kaca mata islam. Kene di lapik, di tutup kecantikannya agar hanya org2 yang betul2 layak yang boleh menjamahnya. Bukan untuk tatapan manusia2 lain.

4. kalau lelaki: menutup aurat akan menampakkan kemachoan seseorang, . Cuba bandingkan laki2 yang pakai suar pendek ngan suar panjang. Mana yg lagi macho? Komfom yang tutup aurat lagi hensem.em, banyak lagi la. Tak terhurai sebenarnya.

Itu just pandangan abg je tau. Jangan ambil sebagai fatwa plak lepas ni. Kalau nak lebih detail, maybe boleh tanya dengan lebih khusus.

Wallahua'lam

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top