Semua orang ingin berkahwin. Orang yang tidak mahu berkahwin besar kemungkinan sudah ada fius yang shot di dalam kepalanya. Perkahwinan adalah sunnah yang dituntut di dalam Islam. Daripada perkahwinan akan melahirkan zuriat. Dan zuriat itu nanti akan menjadikan ummat Muhammad semakin bertebar luas di muka bumi ini.

Berkahwin bukan senang. Malah, ada orang yang takut untuk berkahwin. Dia hendak kahwin, tapi takut hendak kahwin. Entah mengapa......

Ada juga yang mahu berkahwin, tetapi tidak tahu bagaimana mahu memulakan. Orang seperti ini mengimpikan pasangan hidup tetapi takut untuk berhadapan dengan situasi itu. Perkara ini sering terjadi kepada remaja-remaja dan pra dewasa sekitar umur 20 hingga 27 tahun.

Bagi orang lelaki, umur 27 tahun masih dianggap 'masih ok'. Bagi perempuan berbeza pula. Umur 27 sudah menakutkan mereka jika masih belum mempunya calon pasangan hidup. Masa depannya agak malap dan dia merasakan tidak akan ada orang yang akan suka kepadanya.

Sebagai seorang Islam, itu semua adalah mainan akal fikiran sahaja. Teori tradisi sebegitu hanya diamalkan oleh orang yang tidak berpegang kepada Allah. Orang Islam seharusnya meletakkan Allah di depan bagi menghadapi saat mahu berumahtangga. Biar Allah yang memandu soal jodoh. Insyallah berkat kesabaran, Allah pasti akan menemukan juga dengan pasangan hidup.

Cuba lihat orang-orang yang meletakkan tuhan dibelakang dalam soal jodoh. Biasanya perkara ini dilakukan oleh artis-artis. Mereka hanya berlakon dengan suara-suara dan kenyataan yang menyatakan berserah kepada tuhan. Hakikatnya mereka berbohong dan majoriti perkahwinan artis hanyalah sekadar seronok-seronok, mengikut nafsu, paras rupa, harta dan kemewahan. Hasilnya ramai yang bercerai kerana tiada persefahaman. Namun, bagi orang yang beriman, puncanya mudah saja. Perkahwinan itu tidak mendapat keredhaan Tuhan.

Kepada orang-orang bujang, mari tawakkal kepada Allah.

Along Safa

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top