27hb Mac 2008 - Petang tadi selepas pulang dari kerja, bergegas mahu pergi ke Hospital Melaka. Mengajak adik sekampung, lalu terus pergi ke hospital yang di guide oleh rakan sekerja. Walaupun sudah 7 bulan tinggal di Melaka, saya masih belum faqih perihal selok belok Melaka ini.
Tujuan ke hospital untuk menziarahi adik junior semasa mengaji di PUO satu tika dahulu. Namanya Redza. Di hospital, bertemu Ina. Melawat bersama-sama. Redza sedang berehat (tidur) ketika kami sampai. Hanya berbual-bual bersama abg kembarnya. Menceritakan saat2 kemalangan terjadi. Kakinya patah.
Keluar dari hospital jam 7 malam. Pergi ke Melaka Central mengambil kawan yang baru sampai dari Kuantan. Bersiar-siar di Tesco sambil makan ayam goreng yang dijual oleh KFC. Solat Maghrib di Tesco.
Sesudah itu, bertolak pulang. Menghantar mereka ke rumah sewa. Di rumah sewa sempat sebentar menonton DVD Kungfu Hastel. Solat Isya' di situ. Sambil menonton, sambil menguyah keropok lekor yang di bawa oleh kawan dari kuantan tadi.
Jam 11 malam, bergegas pulang ke rumah. Penat, ngantuk, badan rasa tak best. Sampai rumah terus mandi. Online. Menyiapkan kerja-kerja yang ada. Sudah mahu tidur. Di kala jam menunjukkan pukul 12.45 pagi.
Berlabuhlah malam...
Home
»
»Unlabelled
» Cerita Pada Suatu Hari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Random Posts
3/random/post-list
Post a Comment
Post a Comment