Di dalam dunia ini, yang membezakan antara seorang manusia dengan manusia lain adalah iman. Jika mengambil ayat ini sebagai fakta, bermakna kehidupan orang-orang kafir adalah sia-sia dan pabila di akhirat kelak, kesudahannya sudah tentu di neraka jahannam.

Namun, sememangnya diakui, manusia tidak nampak akan perbezaan tersebut. Malah, realiti yang terjadi di dalam beza membezakan antara manusia di bumi ini adalah melalui pangkat dan darjatnya. Bila seorang itu kaya, maka dia menjadi orang yang disanjung. Bila seseorang itu menjawat jawatan yang tinggi, maka dia akan dihormati, disegani dan segala cakapnya akan dituruti.

Lantaran itu, pabila seseorang itu telah memegang jawatan yang tinggi, pandangannya kepada orang yang lebih rendah jawatannya adalah seolah-olah seperti memandang sampah yang bertaburan di sana sini. Dia nampak tapi dia tak ambil kisah pun. Ada juga yang berpendirian, aku orang berjawatan tinggi tidak layak memegang penyapu. Yang layak memegang penyapu adalah makcik-makcik cleaner itu.

Orang ini agak sukar untuk melakukan kerja-kerja yang bertaraf rendah. Mereka berasakan mengapa aku mesti melakukan kerja-kerja yang perlu membongkok, perlu membuang tenaga? Aku golongan eksklusif. Tempat aku di bilik berhawa dingin.

Maka wujudlah 2 golongan yang dinamakan Tukang Cakap dan Tukang Buat. Tukang Cakap ini biasanya adalah orang yang bukan 'tukang buat' dan orang 'tukang buat' ini semestinya bukan orang yang 'tukang cakap'.

Inilah realiti kehidupan manusia. Yang membezakan antara mereka adalah pangkat dan darjat. Orang2 seperti ini dibutakan mata hatinya untuk melihat Nur Tuhan yang dianugerahkan oleh Allah kepada orang-orang tertentu sahaja. Orang yang tidak mendapat Nur Tuhan jiwanya akan menjadi lesu dan seluruh hidupnya akan dibelenggu masalah yang berkemungkinan akan membawa dirinya ke lembah kebinasaan.

Berbahagialah orang yang beriman. Juga kepada orang2 yang cekal memperjuangkan kalimah Allah di muka bumi. Orang2 beriman bertindak sebagai tukang cakap dan tukang buat. Dia yang bercakap, maka dia yang kena buat.

Tidak ada perbezaan di antara manusia melainkan tahap iman seseorang. Dengan berbekalkan iman inilah kelak yang bakal membezakan kita ni akhirat nanti. Jika di dunia kita menjadikan Iman sebagai matlamat kehidupan, nescaya di akhirat nanti kita akan beroleh kesenangan yang abadi. -AlongSafa

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top