Tadi di office, bersembang seketika bersama officemate berkaitan dunia akhir zaman. Dunia yang sudah hampir kiamat. Agak seronok juga pabila bersembang perihal begitu. Sebab nabi juga telah menyatakan, pabila kita menyebut dan berbincang berkaitan kebesaran Allah, maka di situ akan adanya rahmat.

Sekadar berbicara dunia sekarang yang boleh dikatakan, semua tanda-tanda kecil kiamat sudah muncul. Apakah tanda-tanda kiamat yang masih belum muncul? Rasanya semua sudah muncul. Bangunan pencakar lagit sudah ada. Wanita menjadi pemimpin sudah ada, wanita telanjang dan tari menari di pentas juga sudah ada, ibadah haji hanya dijadikan kebanggaan sudah ada, peperangan di sana sini sudah ada, wanita lebih ramai dari lelaki sudah ada. Apa yang tidak ada?

Kita sedang menunggu 'petanda kiamat besar' yang pertama. Agak gerun juga bila menyebut ayat itu. Tapi itulah hakikatnya. Apa petanda kiamat besar yang mula-mula akan berlaku? Itulah yang kami perbincangkan tadi. Mungkinkah Yakjuj dan Makjuj akan terlepas dari kurungan di Benua Asia Tengah. (ada juga yang mengatakan di Segitiga Bermuda) lantas menyerang seluruh pelusuk bumi. Tidak akan ada tempat yang terlepas.

Atau mungkin juga Dajal yang akan tampil menunjukkan dirinya. Saya ada terbaca artikel mengatakan Dajal akan muncul di bumi dan merosakkan iman semua umat Islam. Kemudian Nabi Isa akan turun ke bumi membunuh dajal itu. Kemudian barulah Imam Mahdi muncul membantu Nabi Isa menegakkan negara Islam.

Atau mungkin juga matahari akan terbit di sebelah barat terlebih dahulu?. Cuba bayangkan, ketika anda bangun pagi, anda melihat ada yang tidak kena dengan matahari pada pagi itu. Tapi anda buat tidak kisah sahaja. Anda terus buat rutin harian seperti biasa. Bersiap-siap. Mandi. Start kereta dan pergi kerja. Sampai di office, orang-orang ofis semuanya berada di luar. Sedang melihat matahari. Apa yang berlaku? "eh, kenapa hari ni sinar matahari lain? Kenapa bayang matahari bermula di sebelah barat dulu? Ehh!! Matahari terbit di sebelah barat laaaaa!!!!! Masing-masing riuh rendah. Keadaan kelam kabut. Televisyen dan radio sibuk mengulas perihal matahari terbit dari barat. Maka ramailah yang sedar: Petanda Besar Kiamat sudah tiba....... Ramai yang berubah serta merta. Yang bertudung akan bertudung kepala. Yang tidak solat akan solat. Yang tidak menutup aurat akan menutup aurat. Namun, sudah terlambat....

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema dikalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Wallahualam.

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top