Tuanku Mizan bertitah, walaupun Masjid Kristal dibina bukan untuk tujuan solat Jumaat, tetapi pembinaannya adalah sebagai pelengkap kepada konsep dan tujuan pembinaan TTI itu sendiri. -Berita Harian Online.

Sudah ada bukti bahawa 'bangunan' ini tidak boleh digunakan untuk solat Jumaat. Persoalannya: Mengapa masjid ini tidak boleh digunakan untuk solat Jumaat??

Jadi, untuk apa bangunan ini dinamakan Masjid? Bukankah masjid fungsinya untuk solat termasuk solat Jumaat. Mengapa tidak dinamakan saja bangunan ini 'Tugu Peringatan Tamadun Islam?'. Jika sekadar menjadi 'latar belakang' para pelancong untuk mengambil gambar, elok saja dinamakan bangunan ini sebagai tugu. Paling tidak pun, tukar nama kepada 'surau' saja. Surau Kristal.

Saya mendapat maklumat, masjid ini hanya diguna untuk solat fardu saja. Tiada solat jumaat. Kerana apa?? Kerana masjid ini terletak di pulau. Tiada orang yang mahu bersusah payah ke pulau semata-mata untuk solat Jumaat. Dan saya juga tak pasti sama ada ada penempatan atau komuniti penduduk di pulau itu.

Tiba-tiba saya teringat kisah Masjid kg Bujal satu tika dulu. Antara alasan masjid itu dirobohkan adalah kerana tidak ada solat jumaat. Dan mereka juga melabel bangunan itu sebagai surau saja. Bagaimana pula status Masjid Kristal? Bolehkah dirobohkan juga atas alasan tidak ada solat jumaat dan tidak akan ada orang yang akan bersolat di situ melainkan untuk mengambil gambar saja..

Hairan juga, projek yang belum siap sepenuhnya sudah dirasmikan dan dicanang di sana sini. Kenapa ya?

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top