Pilihanraya semakin hampir. Agak 'saspen' juga kerana buat pertama kali saya akan keluar mengundi. Dan selama saya hidup, saya tak pernah pergi ke tempat mengundi!
Tahun 2004 yang lalu, saya masih bergelar seorang pelajar. Ketika waktu mengundi, saya hanya duduk di bilik. Tak tahu mahu buat apa. Sedangkan, alangkah eloknya kalau saya 'turun padang' melihat panorama pilihanraya di Malaysia.
Tahun 2008 adalah pilihanraya kali ke 12 dalam sejarah pilihanraya Malaysia dan kali pertama buat diri saya.
Apa pilihan saya? Sudah tentu undi adalah rahsia. Jika undi tidak rahsia, boikot sahaja pilihanraya di Malaysia ini kerana ia sudah melanggar peraturan demokrasi. Malah, sejak akhir-akhir ini, sudah banyak pencabulan dilakukan oleh pihak tertentu yang dengan selamba 'orang utan' melanggarnya tanpa rasa bersalah.
Sejak dulu sampai sekarang, kerajaan Malaysia sentiasa diperintah oleh Parti Perikatan / Barisan Nasional. Entah mengapa tidak ada perubahan kuasa sejak dulu hingga sekarang. Dan adakah parti tersebut akan terus kekal sebagai parti pemerintah sampai bila-bila?
Bagi saya, teorinya mudah. Saya mahu Islam ditegakkan tidak kiralah siapa yang melakukan. Tidak kiralah siapa parti pemerintah. Yang saya mahu, Islam akan dijulang sebagai 'addin wa daulah'. Bukan setakat dibuat main ketika malulidur-rasul dan bulan ramadan saja, tetapi dilaksana setiap masa dan sentiasa konsisten. Islam bukan berbangga pada masjid yang berkilau. Bukan juga pada Taman Tamadun yang hanya 'eksyen' pada senibina dan bukan pada rohani. Islam akan terasa kenikmatannya jika diamalkan suruhannya.
Contoh mudah, orang yang tahu kemanisan air fresh orange adalah orang yang meminumnya. Jika setakat melihat saja, seseorang itu tidak tahu sama ada fresh orange itu manis ataupun masam. Begitu juga orang yang bersolat, akan terasa kenikmatan solat pabila solat itu dibuat dengan khusyuk dan tawaduk berbanding orang yang bersolat mengikut musim seperti ketika berada di pejabat mahupun di majlis keramaian sedangkan di rumah dia tidak pernah bersolat pun. Orang seperti ini jika dia pergi ke masjid, umpama burung yang berada di sangkar. Sentiasa tidak tenteram dan serba tak kena. Pusing sana pusing sini. Bila pintu sangkar terbuka, ia pun bebas mahu ke mana saja.
Sempena pilihanraya ini, undilah calon anda. Undi anda hak anda. Tidak ada siapa yang boleh pertikai. Dan jika ditanya, antara dua simbol parti di dalam gambar itu, "yang mana satu mahu Islam ditegakkan?" rasanya sudah ramai yang tahu akan jawapannya. Islam takkan hilang sehingga menjelang hari kiamat. Lumrah perjuangan Islam, sentiasa akan kalah dan sentiasa akan di pijak-pijak. Direndahkan martabat alim ulama'. Kerana semua ini adalah sunnah. Sedangkan Rasulullah dulu hingga patah gigi, luka sana sini, apa sangatlah perjuangan Islam hari ini.
Selamat berkempen dan selamat mengundi. Buat semua petugas, beramal kerana Allah!
Home
»
»Unlabelled
» Borak-borak Sempena Pilihanraya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Random Posts
3/random/post-list
Post a Comment
Post a Comment