Di bawah ini adalah interaksi saya bersama adik junior semasa saya menjadi pemimpin pelajar Islam dahulu. Interaksi ini berada di dalam laman web pssipuo.com. Namun, sedihnya, web tersebut kini sudah kene hack.

Adik Junior:
kalo dok kamsis muslimah kena pakai stokin kan?
mase mula2 masuk kamsis pelik gak tetibe kena pakai stokin,
rupa-rupanya bila diterangkan abg2 dan kakak2 exco barula tau yg kaki pun sebenarnya aurat yang perlu ditutup...
ok,sy dan para pelajar baru pun ikutla peraturan tersebut...
tapi sy rase ramai pelajar muslimah yg bukan istiqamah pun,
bila dah keluar kamsis,dok luar,stokin pun tah ke mana,bila tanye jwpnnye 'stokin dah kena jual la','dah bagi kat budak sem 1',eii...macam2 la.
sy yg lemah dan jahil ni pun camtu gak,hehe...
sy mengaku kat ipoh je sy pakai,bila kat KL nih stokin pun hilang... hipokrit btol!!(sy la tu)eii...dugaan memang byk...
tp sy tutup aurat cam biase la... ini semua disebabkan x ramai la org wat camtu,oh...dugaan dan cubaan memang berat.
ade pendapat alim ulama juga kata kaki kan x tmasuk aurat...(kalo salah tolong btolkan) abis tu...

Along_Safa:
Satu persoalan yang agak menarik! Tahniah adik islamicgal87 kerana mengajukan soalan sebegini.

Apa yang berlaku pada saudari bukanlah terjadi pada saudari seorang malah majoritinya begitu. Sememangnya bukan mudah untuk membentuk adik2 sem 1 berubah (ke arah kesempurnaan menutup aurat) dalam jangka masa satu sem sahaja iaitu kira-kira 5 bulan.

Memakai stokin (kaedah menutup kaki yg juga merupakan aurat) bukan hanya perlu di pakai ketika di kamsis sahaja. Ia perlu dipakai ketika di mana sahaja apabila anda terlibat dalam pergaulan dan berinteraksi sesama yang bukan mahram. Kewajipan tersebut tidak akan menjadi ringan dalam situasi tersebut. Sekiranya anda tidak melaksanakannya, anda masih dikategorukan 'tidak menutup aurat' walaupun secara zahirnya tampak seperti sempurna.

Sememangnya saya akui, memang payah untuk melakukannya. Bayangkanlah selama 17 tahun hidup tanpa kesedaran perlunya memakai stokin, tiba2, apabila masuk kamsis, disuruh pula memakai stokin. Tentulah terperanjat dan membuatnya tanpa tiada kefahaman yang sebenar.

Disebabkan itu, setiap pelajar semester 1 amat digalakkan menyertai Usrah dan juga aktiviti PSSIPUO kerana di dalamnya itu nanti ada penjelasan dengan lebih terperinci akan sesuatu perkara itu dilaksanakan. Bukan hanya menurut sahaja arahan tetapi mendalami serta memahami mengapa arahan tersebut dikeluarkan! Ini adalah tindakan seorang pelajar yang bijak dan hebat!

Kepada adik islamicgal87, saya tidak hairan anda secara terbuka mengaku begitu. Saya doakan agar anda dan saya juga dipelihara dalam hidayah dan sentiasa diberi kefahaman oleh Allah dari masa ke semasa agar setiap tindakan yang kita laksanakan adalah berpandukan syariat Allah dan tidak melepasi garis sempadannya.

Teruskan menggilap Hidayah!

Adik Junior:
emm...terima kasih admin atas jawapan yg di berikan..
moga terpeliharalah iman ini dari segala dugaan yg mendatang...
tapi mm...camne kalo ikut pandangan org ramai plak,kalo kat kamsis ngan puo x heran la kalo nampak org pakai stokin wpun pakai selipar tapi kat tempat lain mestila cam pelik jer...
dok tempat lain sy memang x pakai...ish...(jahat nih...)
nanti ade la suara2 sumbang...'bajet alim jer...' lagi pun perangai sy pun bukan la cam pmpuan melayu terakhir,kadang2 member panggil pun ustazah rock,
yela nak kata alim x de la tapi kadang2 bg gak ceramah kat kwn kalo ade yg x btol,pastu kat kamsis asik mngekor je kakak exco gi aktiviti cam ceramah ke,ape ke,bla2...tu yg kena cop camtu...
tp sy rase x layak pn,sy bukan dress up cam kakak exco,sume labuh2...sy cam biase la...kalo pakai stokin pun x btahan lame...isk... x pe ke kalo x pakai??
ade je ustazah x pakai stokin tuh?
wah...musykil tol...

Along_Safa:
Tidak ada peliknya kalau wanita memakai stokin. Biarlah orang lain nak kata apa. Mereka berkata kerana mereka tak faham. Kita yang faham ni buat lah apa yang kita faham.....

Jangan ikut orang tapi ikutlah diri sendiri! Bukan semua ustazah masuk syurga. Dan bukan semestinya yang tidak ustazah tidak boleh masuk syurga. Nilai iman bukan terletak pada gelaran ustazah tetapi ia terletak pada diri setiap insan itu sendiri.

Pada peringkat permulaan, didik lah diri sendiri dahulu. Abaikan kata-kata orang luar kerana memang mereka suka mengata sesuatu yang pelik-pelik. Ketahuilah bahawa golongan yang memperjuangkan agama allah (termasuk menutup aurat dengan sempurna) akan di pandang asing di mata masyarakat pada akhir zaman ini seperti mana sabda Rasulullah:

'islam akan kembali asing sebagaimana asal kedatangannya, maka beruntunglah orang-orang yang berada di dalam kelompok asing itu'

Hadis ini saya dapat di library PUO ketika saya sem 1 dan dan disitulah saya berazam untuk menjadi orang asing tersebut! Marilah kita menyahut seruan menjadi golongan yang asing itu iaitu golongan yang mengesakan Allah dan melaksanakan perintah Allah tanpa mencicirkan walau satupun arahannya.

Kepada adik islamicgul87 masih ada masa untuk melakukan sesuatu. Yang penting, jangan mengambil tindakan secara drastik. Perkara ini memerlukan 'step by step' dan jangka masa yang tertentu. Untuk menghasilkan satu produk yang berkualiti, proses pembikinannya perlukan teliti dan tempoh masa yang panjang agar kualitinya itu akan terus berkekalan sehingga tamat tempohnya nanti!

Pastikan sebelum anda berlari, anda telah mengikat tali kasut anda!

Adik Junior:
oh...emm...yela...
sedikit demi sedikit,baru sy tau sesuatu perkara yg dilakukan secara drastik akan buat diri sendiri terkejut,akhirnye apa yang dilakukan tidak berpanjangan...
emm...doakan sy jua sebab bila dah nak dekat akhir zaman macam2 boleh berlaku sehingga membuat kita terpesong dari landasan sebenar...
semoga Allah sentiasa mengukuhkan iman hambaNya yang sentiasa ingin mencari sinar kebenaran...ameen...

bersamalah kita sesama umat agar sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain agar mendapat keredhaan dari Allah...
bersyukurlah kita kerana dilahirkan dalam islam,kitalah yang akan memilih sama ada jalan itu yang paling terbaik atau tidak supaya mendapat tempat di dalam syurga yang abadi...
doakan jua kepada umat manusia supaya mendapat hidayah dan meninggalkan kekufuran,kita sesama islam perlu mengajak mereka...
Insyaallah...

Along_Safa:
saya puji sikap keterbukaan islamicgul87 dalam hal ini.

Semoga adik akan bertemu juga dengan apa yang adik cari. Jangan jemu mencari walaupun belum juga berjumpa hingga kini.

Jangan jemu berusaha kerana kejayaan akan muncul juga hasil dari usaha yang dilakukan. Sesungguhna Allah tidak akan membiarkan hambanya yang berusaha tanpa memberikannya sebuah kejayaan.

Buat adik islamicgul87, ketika LI ini, cubalah kuatkan benteng diri sendiri. Saranan saya, cubalah pakai stokkin itu. Jika keberatan, pakai la kasut yang tidak menampakkan kulit kaki...

Adik Junior:
insyaallah... misi akan dijalankan
---------------------------------------------

Post a Comment

Anonymous said... May 11, 2008 at 9:28 PM

assalamualaikum,
berkaitan kaki adalah aurat, saya sedikit heran jika orang tak mengetahuinya.. bukankah kita belajar apa itu aurat dalam pendidikan agama ketika di sekolah..

hakikatnya,

amat menyedihkan melihat wanita yang bertudung labuh dan berjubah tapi kaki terdedah..

amat menyedihkan melihat wanita yang berpurdah tapi kaki terdedah, lengan terdedah bila angkat tangan sebab tak bersarung tangan

Random Posts

3/random/post-list
 
Top