Juara Lagu baru sahaja berlalu. Yang menang adalah sebuah kumpulan yang tidak popular. Saya tak kenal pun kumpulan itu. Lagunya pun saya tak pernah 'tertarik perhatian'. Alih-alih, dia pula yang diumumkan sebagai pemenang. Memang ajaib lah agaknya.

Saya tak mahu persoalkan tentang siapa yang menang. Yang mahu saya bicarakan di sini adalah 'wanita bertudung' yang bertanding semasa pertandingan itu. Tak silap saya, wanita bertudung yang masuk ke pertandingan itu ada dua iaitu Aishah dan Siti Nurhaliza.

Semasa Juara Lagu sedang berlansung, saya sibuk berdiskus dengan sahabat saya Khairul berkaitan Juara Lagu. Semasa Siti Nurhaliza membuat persembahan, hangat juga perbincangan kami. Iye lah, seorang yang dulunya tidak bertudung, kini sudah bertudung. Bertudungkah? Semasa di Juara Lagu, rasanya dia tidak memakai tudung. Dia hanya memakai baju hujan.

Kelakar juga berbicara ketika itu. Tiba-tiba Khairul menyuruh saya membuka web TV3. Semak semasa raptai pertama Juara Lagu. Terdapat pelbagai video klip di situ. Khairul menyuruh saya buka klip yang memaparkan interview bersama Siti Nurhaliza.

Agak terkilan juga dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Siti Nurhaliza. Apa kenyataan dia? Begini... Seorang wartawan mengajukan soalan kepada Siti Nurhaliza:, 'adakah imej baru Siti yang kini bertudung akan mempengaruhi pergerakan dan stamina Siti?'. Apa jawapan Siti?. Jawapannya lebih kurang begini: 'ini hanya fesyen saja. Dulu Siti boleh, mengapa sekarang tak boleh? Hanya tambah sikit fesyen. So, takda masalahlah'.

Ini bermakna, Siti Nurhaliza bertudung hanya seqadar fesyen sahaja. Bukannya niat dia untuk menutup aurat, tetapi hanya memnuhi kehendak fesyen. Maka, tidak hairanlah dia meminta khidmat nasihat oleh orang yang tidak sepatutnya untuk mencipta fesyen 'tutup kepala' untuknya.

Saya seterusnya menambah:, Jika begitu, dia pergi Haji yang lalu sebagai simbolik 'PELANCARAN' imej barunya sahaja. Yaa!! Begitulah hakikatnya.

Pergi haji adalah Majlis Pelancaran imej baru Siti Nurhaliza. Bermakna, tidak hairanlah jika selepas ini dia masih lagi tergedik2 di atas pentas, terpusing2 menari di mana-mana persembahan kerana tidak ada niat haji itu melainkan hanya majlis pelancaran imej baharu saja.

Saya pernah berkata kepada ayah saya: 'Memang banganglah Siti Nurhaliza tu, masuk nerakalah dia'. Ayah saya mencantas ayat saya itu dan memberitahu: "jangan cakap macam tu. Kita tak tahu kesudahan dia. Ko ni dah cukup amal ke? Dah conform masuk syurga? Siti Nurhaliza masuk neraka ko yang tentukan ke? Ko tuhan ke?"

Saya diam sahaja....

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top