Hari ini adalah hari Nisfu Ramadhan. Kita sudah berada di pertengahan Ramadan. Terasa amat cepat masa berlaku dan tidak sedar Ramadan sudah berada di separuh hayatnya pada tahun ini.
Apabila hari ini sudah 15 Ramadan, bermakna tinggal ada 15 hari sahaja lagi untuk kita bersama-sama dengan Ramadan. Dan kita mempunyai masa 5 hari sahaja lagi untuk mempersiapkan diri dalam usaha mencari Malam Al-Qad iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Bulan Ramadan tahun ini terasa semakin kosong berbanding tahun yang lalu. Roh Ramadan semakin kurang dirasai di mana-mana tempatpun. Perkara ini akan menjadi berlarutan yang mana pada Ramadan tahun depan, saya rasa tentu ia akan menjadi lebih lesu berbanding tahun ini.
Kenikmatan puasa semakin hilang. Kenikmatan beribadah semakin berkurangan. Keghairahan menanti bulan Ramadan sudah tidak dinanti-nanti. Pemergian Ramadan tidak lagi ditangisi.
Dahulu, semasa saya masih kecil, suasana ketika itu amat berbeza dengan hari ini. Saat paling syahdu apabila Tarikh permulaan puasa diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja.Pada ketika itu, bukan macam hari ini yang majoriti masyarakat sudah tahu lebih awal bilakah awal Ramadan kan tiba.
Pada zaman itu, kalender tidak boleh percaya sangat. Orang ketika itu lebih berdebar di depan tv menunggu saat pengumuman tarikh mula puasa. Menyambut Hari Raya juga begitu juga.
Hari ini tidak ada lagi. Tak perlu pengumuman di tv itu pun tak mengapa sebab semua orang sudah tahu tarikhnya. Sudah hilang satu nikmat. NIkmat debaran mengetahui tarikh mula Ramadan.
Bagaimana pula dengan pengisian? Dahulu, boleh dikatakan majoriti surau dan masjid banyak yang membuat solat sunat Terawikh sebanyak 20 rakaat. Dan jemaah yang ikut serta dalam 20 rakaat itu juga ramai. Namun pada hari ini, banyak surau yang masjid hanya membuat 8 rakaat. Jika ada pun surau atau masjid yang menganjurkan solat Terawikh 20 rakaat, yang tinggal pasti tidak sampai 10 orang.
Inilah fenomena hari ini. Dan perkara ini juga dirasai oleh saya sendiri. Jika dahulu amat susah untuk 'miss' solat Terawikh. Pada hari ini, miss lebih banyak berbanding hadir.
Dengan saki baki Ramadan tahun ini yang tinggal 15 hari, mampukah kita berbuat sesuatu? Mampukah kita mengambil kesempatan atas berkat Ramadan yg penuh mulia ini?
Wallahu-a'lam
Home
»
»Unlabelled
» Sudah Tiba Nisfu Ramadhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Random Posts
3/random/post-list
Post a Comment
Post a Comment