Pagi ini semasa membuka YM di internet, seorang rakan YMku menghantar offline message. Offline message itu menyarankanku agar pergi ke link yang diberikan dan menghayatinya. Link tersebut ialah: http://anakbapa.blogspot.com/2008/09/puteriku-siti-hajar-permata-hati-ayah.html#links
Apabila ku selesai membaca artikel di blog tersebut, jiwaku menjadi sebak dan syahdu lantaran kisah yang dipaparkan itu telah menyentuh benak sanubariku. Kisah tersebut merupakan detik detik yang dilalui oleh seorang bapa tatkala puteri kesayangannya pergi meninggalkan ibu bapa dan kelurganya jauh tanpa kembali lagi.
Cerita ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepadaku pabila mengenangkan diri sendiri yang teramat jauh berbanding sesetengah orang lain yang Allah tunjukkan kebesarannya melalui saat saat menempuh sakaratulmaut. Di dalam kisah itu, terpancar husnul khatimah pada nya.
Bukan senang senang Allah mahu memberi kematian yang mudah. Bahkan, semua itu sebenarnya jauh di luar pengetahuan kita sebagai manusia biasa. Walau kita menyangka pada hari ini kita sudah menjadi baik, tidak meninggalkan solat, puasa penuh bulan Ramadan, membayar zakat, adakah ini semua satu jaminan yang hakiki bahawa kita sudah lepas semua urusan bersama Tuhan?
Di dalam doa selepas solat, kebiasaannya juga kita bermohon kepada Allah agar terselamat di dalam beragama, memelihara jasad, kemuliaan ilmu, rezeki yang berkat, mati dalam keadaan bertaubat, mati yang dirahmati, mati yang mendapat keampunan dari Allah, mudahkan aku dalam menghadapi sakaratulmaut, jauhkkan aku dari api neraka dan menhadapi saat aku dihisab.
Doa seperti ini harus kita amalkan sebagai satu usaha kecil bagi menunjukkan bahawa semua itu sebenarnya berpunca dari Allah.
Sesungguhnya pada hari ini, kita dapat lihat yang manusia cuba untuk mengelak dari mati. Ramai manusia yang takut mati. Tetapi kesudahan semua tetap akan mati. Mati tidak boleh dielak, tetapi neraka boleh dielak. Tapi pada hari ini, manusia mahu elak mati, tapi tak mahu elak neraka.
Hari ini sudah 16 Ramadan. Sahabat yang meninggal dunia pada cerita di atas itu tadi meninggal dunia pada 9 Ramadan yang lalu. Pergi dalam keadaan yang penuh tenang. Pergi dalam keadaan yang indah dan permai.
Giliran ku pasti kan tiba. Begitu juga giliran yang lain. Kita semua sudah ada nombor giliran untuk pergi ke alam baru yang kita sendiri belum pernah tahu apa yang ada di dalamnya. Bagaimana layanan di sanan nanti.
Soalan biasa: Sudah bersediakah?
Home
»
»Unlabelled
» Mati Itu Sesuatu Yang Pasti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Random Posts
3/random/post-list
Post a Comment
Post a Comment