Malam tadi saya dikunjungi oleh sahabat saya satu kampus dahulu iaitu Haji Nasrul Hakim. Panggil dia Haji Hakim. Lebih kurang jam 10.40 baru dia tiba dan kami makan malam di sebuah warung. Selepas itu saya mengajak Haji Hakim singgah ke rumah.

Sepanjang pertemuan, banyak juga topik yang diperbincangkan berkaitan halatuju nasyid Malaysia, isu politik negara, persoalan calon isteri dan lain-lain lagi. Terdapat juga peluang menjana pendapatan sampingan yang diperkenalkan.
Sedang asyik berbicara, berita di televisyen jam 12 malam ketika itu melaporkan bahawa minyak petrol turun lagi sepuluh sen. Spontan mendengar berita itu, terus terpacul di mulut saya "sepuluh sen ajee??".

Ini bermakna, harga baru minyak petrol hari ini adalah RM1.45. Rasanya tidak terlalu banyak pengurangannya.

Manusia memang tidak pernah berpuas hati. Namun, seharusnya sebagai hamba kepada pencipta, kita seharusnya bersyukur atas apa jua nikmat dan kelebihan yang diperolehi. Hatta, walaupun nikmat itu hanya bernilai sepuluh sen, bersyukurlah kerana dengan asbab sepuluh sen itu, akan membawa diri kita menjadi seorang insan yang bersyukur dan diangkat darjat kita bersama dengan orang orang soleh.

Masih ada lagi saki baki Ramadan. Mari bersyukur dengan turun nya harga minyak di bulan Ramadan ini. Moga syukur kita itu akan dilipat gandakan nilainya oleh Allah dan menjadi seorang hamba yang tinggi nilainya disisi Tuhan.

Jam 1.00 pagi, Haji Hakim meminta diri untuk pulang. Selepas itu saya terus terlelap.

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top