Saya sebenarnya semakin bingung, apa yang sedang terjadi dengan politik Malaysia hari ini. Suasana politik hari ini saling tidak ada beza dengan persembahan drama Indonesia. Maafkan saya wahai YB-YB sekalian.
Semenjak pilihanraya ke 12 bulan 3 yang lalu, ada sahaja peristiwa peristiwa dan kenyataan yang menjadi 'babak' dan 'skrip' dalam pentas politik Malaysia. Tidak kiralah parti manapun, semuanya sama.
Yang menjadi mangsa drama drama ini semua adalah penonton iaitulah rakyat jelata. Rakyat semakin tidak faham akan kesudahan semua drama ini. Dan drama politik Malaysia hari ini ibarat senetron senetron Indonesia yang sentiasa ditayangkan di kaca-kaca televisyen Malaysia ketika ini. Kebanyakan senetron Indonesia itu semua jalan ceritanya sangat sangat menyakitkan hati dan menguji kesabaran penontonnya. Begitulah juga drama politik tanahair kini.
Klik More untuk baca keseluruhan artikel
Entah mengapa ini semua boleh berlaku. Dimanakah silapnya? Adakah kemenangan besar parti pembangkang yang direbranding selepas pilihanraya ke 12 dengan nama Pakatan Rakyat sebagai punca semua malapetaka ini berlaku? Jika ya, pakatan inikah yang bersalah kerana menghancurkan keamanan negara yang tenteram sebelum ini?
Atau mungkinkah semua ini berlaku angkara kelemahan kepimpinan kerajaan hari ini yang saya yakin dan percaya orang bawahan di dalam parti serta kabinetnya sendiri mengakui yang pemimpin mereka antara pemimpin yang paling lemah pernah menerajui kepimpinan.
Jika tidak, masakan boleh ada Ketua Bahagian parti itu yang dengan tindakan sendiri tidak menghiraukan keputusan kepimpinannya lantas terus mempertahankan pendiriannya berkaitan isu perkauman yang dicetus semasa pilihanraya kecil Pematang Pauh yang lalu?
Bagaimana pula seorang Naib Presiden Parti tanpa menggunakan demokrasi partinya sendiri yang diwujudkan oleh ketuanya dengan menggunakan media mendesak agar ketuanya itu berundur dengan segera? Kita lihat drama pada babak ini agak tragis dimana dapat dilihat geng geng daripada pihak tertentu cuba berteriak dan memprovoke agar teserlah kegarangannya. Kita biasa menonton filem2 yang mempunyai babak seperti ini dan kita faham apakah matlamat tujuan mereka.
Bagaimana pula kes Pakatan Rakyat pula? Adakah benar rakyat memang menyokong manusia bernama Anwar Ibrahim? Adakah benar rakyat menyokong segala kata-kata si Anwar Ibrahim beserta konco konconya di dalam Pakatan mereka itu?
Kita lihat Anwar Ibrahim seolah-olah telah dirasuk 'benda' tertentu sehingga akalnya menjadi kurang waras dalam memimpin ahli2 pakatannya. Mengapa mesti Anwar Ibrahim mengamalkan politik kotor dan carca marba sehingga mendatangkan meluat di kalangan sesetengah penyokongnnya. Ramai penyokong yang berpuas hati dengan prestasi pilihanraya ke 12. Lima negeri diperintah oleh Pakatan ini. Saya tidak pasti sama ada Kelantan dan Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat atau tidak kerana negeri ini lebih nampak ke'pas'annya.
Cukuplah dahulu lima negeri itu. Buktikan kemampuan memerintah negeri. Rakyat sudah beri peluang untuk mentadbir dan jangan sia-siakan kepercayaan rakyat. Dan sepatutnya di zaman kemerosotan prestasi Barisan Nasional kini, gunakan peluang untuk mentadbir negeri dengan integriti, jujur, cemerlang dan profesional agar persepsi rakyat akan menjadi lebih tertawan dengan sistem pentadbiran selain Barisan Nasional.
Namun, jika Anwar Ibrahim terus terusan mengamalkan politik rakus seperti hari ini, saya merasakan, cukuplah. Adalah lebih wajar Pakatan Rakyat dibubarkan dan parti di dalamnya membawa haluan masing masing. Bagi Pas, saya rasa mereka lebih faham kondisi mereka ketika ini.
Drama ahli ahli MP Barisan Nasional pergi ke Taiwan atas alasan belajar pertanian disana agak menggelihatikan. Ujar mereka, lawatan itu akan tamat pada 17hb September. Adegan drama menjadi lebih kelakar pabila ada sesebuah parti yang tidak mahu 'buah hati cintanya' pergi jauh jauh lantar mengejarnya. Maka pergilah si pemburu rindu ini mengejar ahli MP BN di sana. Semakin happening drama ini pabila mereka mengetahui yang diri mereka diekori, lalu mereka pun mahu cepat cepat balik. Alasan alasan dicipta bagi mensedapkan jalan cerita.
Mengenang drama ini, saya teringat Filem Mr Cindirella 2 yang dilakonkan oleh Yusry KRU dan Erra Fazira. Adegan kejar mengejar sehingga ke luar negara. Kasihan si pemburu cinta yang tetap tidak mendapat cintanya walau sanggup berhabis duit pergi ke luar negara.
Hari ini, rakyat semakin resah gelisah dengan suasana politik tanahair. Jika suasana sebegini berlarutan dengan jangkamasa yang lama, adalah dikhuatiri akan adanya campur tangan dari kuasa besar. Sejarah telah mengajar kita betapa peritnya hidup merana di bumi sendiri pabila negara ditakluk dan dijajah oleh musuh.
Kehadiran Anwar Ibrahim ke dalam politik adalah satu babak yang menjadi harapan rakyat. Harapan rakyat agar beliau mampu untuk memperbetulkan suasana kalut dan tidak tentu hala agar rakyat kembali tenang dan terjaga kebajikannya.
Namun, dengan tindak tanduk Anwar Ibrahim hari ini yang semakin rakus dengan politik nya, saya merasakan yang suatu hari nanti Anwar Ibrahim akan dibenci oleh penyokongnya sendiri. Parti PKR yang baru berusia setahun jagung sudah berlagak dan berangan angan mahu mentadbir negara. Parti veteran seperti PAS hanya diam membisu memerhati perilaku Anwar Ibrahim dan partinya.
Disangka penyelamat, rupanya semakin menghanyutkan.
Sampai bila-bilapun, hanya satu sahaja Bahtera Penyelamat dalam setiap permasalahan dan kemelut yang melanda. Hanya ISLAM satu-satunya Bahtera Penyelamat yang mampu menyelamatkan manusia daripada terus terusan menjadi tidak tentu hala.
Di mana Bahtera itu? Sudah siap? Atau sudah hanyut? Atau mungkin sedang berada di tempat persembunyian rahsia........
Home
»
»Unlabelled
» Apa Sudah Jadi Dengan Politik Kita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Random Posts
3/random/post-list
Post a Comment
Assalamualaikum wbt..
Bahtera? Dalam pemprosesan. Hanya tunggu masa. Bila adanya kebenaran, maka tenggelamlah bahtera kebatilan..eh betul ke apa ana tulis ni safa?
Tak pastilah kebatilan itu mempunyai bahtera ataupun tidak.
Walau kebatilan itu melaut sehingga tenggelam seluruh pelusuk bumi, namun dengan adanya Bahtera, insyallah akan selamat.
Kita semua adalah generasi Bahtera. Bahtera Noh Alahissalam.
ha..best best ayat safa. Na'am. Bahtera penyelamat kan..best je kalau bahtera ni ada la ni untuk selamatkan semua org..
Post a Comment