Saya baru sahaja menonton rancangan dokumentari di TV9. Dokumentari berkaitan pemburu dan yang diburu. Antaranya adalah singa yang memburu kerbau.
Secara tiba-tiba pemikiran saya terarah ke skop yang lebih luas.

Salah satu babak di dalam dokumentari itu memaparkan bagaimana detik pemburuan si singa yang menyerang kerbau walaupun di dalam kumpulan!
Si singa bijak mencari peluang. Ditunggu dan dipilih di antara kerbau-kerbau yang di dalam kumpulan itu. Pasti ada diantaranya yang terpisah sedikit dari sekawan kerbau yang lain. Mungkin kerbau ini sudah tua.. lambat jalan. Atau mungkin juga fikrah kerbau ini berlainan sedikit dengan kawanan yang lain walaupun hakikatnya di dalam satu kumpulan...

Peluang yang ada tidak dilepaskan. Dengan strategi serangan 3 penjuru, kerbau itu diserang dan berjaya ditumbangkan. Kerbau itu banyak kehilangan darah. Namun, disangkanya ia hebat, ia cuba melawan. Namun, ia rebah jua. Apabila raungan kerbau itu di dengar oleh kawanan kerbau yang lain, atas konsep 'sekawan', kawanan itu lantas berpatah balik memberi bantuan dan operasi menyelamat. Strategi kerbau pun ada juga. Ada yang menjadi benteng. Ada yang menyerang kembali singa-singa tadi. Ada juga yang cuba memberi rawatan kecemasan!

Namun, kerbau itu sudah banyak kehilangan darah. Matanya sudah separa buka. Lidahnya seringkali terkeluar2 seolah menjilat. (Keadaan nazak bagi haiwan). Kawanan kerbau yang lain turut menjilat bahagian badan kerbau yang cedera itu dengan harapan memberi sokongan moral. Juga ada yang menolak-nolak seolah-olah memaksa kerbau cedera itu bangun untuk menyelamatkan diri.

Akhirnya, operasi menyelamat terpaksa dihentikan. Biarkan seekor gugur asalkan tidak ada yang gugur lagi selepas ini. Kawanan kerbau meneruskan perjalanan. Yang cedera tadi terus bergelut dengan maut. Apabila tidak ada lagi benteng yang dibuat oleh kawanan kerbau tadi, si singa lantas meneruskan agenda mereka. Maka dirataplah dengan rakus kerbau tadi....

Mungkin ada sedikit sebanyak pedoman yang saya cuba tafsirkan. Konsep sekawan kerbau yang dipertontonkan ini membuatkan saya sedikit terharu.. betapa mulianya konsep sekawan ataupun bersahabat jika ia benar-benar berada di dalam satu kumpulan jemaah dan di atas fikrah yang satu. Sanggup melakukan apa sahaja malah berdepan dengan maut, hanya kerana sebuah jalinan ukhwah yang terjalin. Kadangkala saya berfikir, adakah saya mempunyai sahabat yang seumpama kawanan kerbau tadi?

Lihat pula konsep pemangsa yang sering menunggu peluang. Pemangsa ini pantang apabila peluang terhidang di depan matanya. Jika melihat salah seorang ahli itu seolah-olah diabaikan, ataupun terpisah dengan kawanannya yang lain.. maka cepat-cepat dia menyerang......

Konsep ini mungkin boleh diertikan di dalam isu murtad yang kini semakin berleluasa di sana sini. Pengerak kuffar sentiasa menunggu peluang dan mereka tidak perlu bersusah payah mengejar. hanya perlu menunggu!!! Begitu mudahnya kerja mereka......

Nah, apabila ada ahli/umat Islam kita yang diserang oleh mereka, konsep kawanan kerbau tadi lansung tidak wujud di benak sanubari kita. Ramai yang hanya menjadi tukang lihat dari jauh melihat sahabatnya di mamah dan di makan dengan rakus oleh pemangsa ini. Tidak kurang yang hanya berbual-bual menceritakan pengalaman cerita tersebut! Bukan pergi membentengi, tetapi hanya menjadi tukang tengok dan tukang cerita!

Mengapa haiwan begitu setia dengan pendirian yang dipertahankan dari dulu sampai sekarang? Burung-burung sentiasa istiqamah dengan peraturan hidupnya. Terbang pagi mencari rezeki, dan pulang ke sarang sebelum malam menjelma. Begitu juga ayam kampung terutamanya ayam jantan. Masih berdisiplin berkokok sebelum waktu subuh membangunkan orang untuk bertahajud. Ayam-ayam ini mula keluar dari reban bila munculnya sang suria dan pandai masuk ke reban semula sebalum matahari terbenam!!!

Post a Comment

AlongSafa said... January 10, 2008 at 12:17 PM

Artikel ini adalah artikel lama. Di ambil dari blog lama

reezwan said... January 10, 2008 at 2:17 PM

ohh ingatkan post yg baru...tapi best....

Random Posts

3/random/post-list
 
Top