Sungai kita kini semakin tercemar. Pencemaran sungai semakin menjadi-jadi dan panorama yang indah hanya tinggal kenangan sahaja. Sungai yang dahulu diibaratkan seperti satu keperluan yang amat penting kini sudah semakin hilang peranannya. Sehinggakan terdapat sebuah lagu nasyid era tahun 90-an dahulu yang menjadikan al-Quran seumpama sungai. Kerana apa? Kerana sungai banyak manfaatnya. Untuk mandi, untuk minum. Untuk tanaman, untuk ambil ikan. Untuk main sampan ambil pasir. Itulah antara nikmatnya.
Perumpamaan kerosakan sungai ini bolehlah turut seiring dengan rosaknya manfaat yang ada pada al-Quran. Jika dahulu, sungailah tempat yang paling bermanfaat. Sungai menjadi penunjuk jalan dan penunjuk arah. Sungai menjadi tempat membersihkan diri dari kekotoran. Sungai tempat untuk melapangkan dada. Sungai tempat untuk mencari ketenangan. Point sungai pada perenggan kedua ini turut saya terjemahkan pada peranan al-Quran. Dahulu, al-Quran turut juga berperanan sepertimana sungai itu juga.
Keadaan semakin hari semakin teruk. Al-quran semakin tercemar. Dicemari dengan tindakan rakus orang yang menggunakannya. Kenyataan pihak tertentu yang menyatakan kita tidak ‘menggunakan’ Al-Quran adalah kurang tepat. Semua orang masih menggunakan al-Quran. Bahkan orang yang tidak solat pun menggunakan al-Quran. Pemimpin negara juga menggunakan al-Quran. Bagaimana cara penggunaan mereka? Mungkin boleh diterima kenyataan itu, tetapi pada sudut tulisan saya ini, saya menyatakan, mereka memang menggunakan al-Quran, tetapi mereka menggunakannya pada sudut yang salah.
Banyak pihak semakin hari menyalahgunakan manfaat yang ada pada al-Quran. Baru-baru ini, kenyataan daripada seorang yang bergelar doktor dan juga ustazah mencerminkan bahawa dia telah menggunakan al-Quran tetapi membuat satu kepenggunaan yang salah. Akibatnya. Al-quran itu menjadi tercemar, menjadi keruh. Dan kelihatan tidak ada kejernihan padanya. Ini adalah disebabkan tindakan dan perilaku rakus puak-puak penjahanam agama yang hanya mengejar kepuasan tanpa memikirkan mudarat akibat pencemaran al-Quran.
Kenyataan ustazah mangkuk ayun tersebut yang menidakkan penggunaan hukum Islam dalam kehidupan manusia terutama yang sudah bertamadun ini adalah satu kenyataan yang boleh membuatkan seseorang jatuh kepada syirik. Memang tidak dihairankan kerana gambaran yang diberi kepada kita sebagai umat Islam bahawa, cabaran dan musuh yang bakal berhadapan dengan kita pada masa ini adalah datang daripada dalam. Maka, golongan-golongan yang menyatakan mereka sebenarnya yang mencorakkan dan membuat pemulihan kepada Islam itulah yang sebenarnya merosakkan dan mencemarkan Islam. Mereka disolek indah agar kekotoran itu tidak nampak dan najis yang dikeluarkan akan dapat disorok-sorok agar menjadi rahsia sulit.
Lihat saja sungai di tempat kita. Kehadiran orang-orang yang berkepentingan yang berebut-rebut kononnya mahu membuat rawatan dan pemulihan sungai hanyalah lakonan sahaja. Hakikatnya, sungai tidak akan dapat dipulihkan dengan mudah. Tindakan mereka meletakkan jentolak dan jentera pengangkut yang tampak seolah-olah seperti satu kumpulan yang membersihkan sungai hanyalah satu tindakan yang hanya memenuhi kehendak pihak tertentu dan juga mengaburi mata rakyat biasa. Rakyat yang diperbodohkan oleh pemimpin bodoh yang diiktiraf pandai dalam kumpulan orang yang bodoh. Seumpama seorang ketua kumpulan terbodoh dalam bilik darjah sekolah rendah. Di dalam kelas itu di bahagi meja-meja kepada kumpulan. Kumpulan meja 1 adalah yang terpandai. Yang kedua ada potensi pandai. Ketiga sedang-sedang. Keempat bodoh yang ada potensi untuk jadi sedang-sedang. Kelima adalah yang bodoh.
Baru-baru ini saya menghadiri satu Forum Perdana Ehwal Islam yang mengupas tajuk Cintailah Sungai. Dalam forum tersebut, hanya banyak bercerita tentang sungai. Tidak banyak ‘point’ yang mengajak penonton untuk menghayati Islam. Satu kenyataan yang saya rasa agak tidak tepat telah dikeluarkan oleh salah seorang ahli panel. Ustaz ini berkata: ‘jika kita mahu dianugerahkan sungai-sungai yang ada di syurga seperti sungai arak, sungai susu dan sebagainya, maka hendaklah kita memelihara sungai yang ada di negara kita. Jika kita sudah jaga sungai di negara kita, insyallah kita akan dapat sungai syurga!’.
Jika diamati, mungkin point itu agak menarik juga. Namun, apa kena mengena nak dapatkan sungai syurga kena menjaga sungai dunia? Setakat ini, saya tidak pernah jumpa mana-mana riwayat yang menyatakan, jika kita jaga sungai dunia, maka kita akan dapat sungai syurga. Pelik juga. Mana-mana ustaz atau para cendiakawan yang membaca artikel ini, harap boleh respon sama ada memang ada riwayat tersebut ataupun tidak. Setakat ini, saya menyatakan ustaz itu hanya main ‘agak-agak’ saja. Semakin banyak ustaz ‘agak-agak’ yang timbul dalam negara kita. Antara fakta ‘agak-agak’ yang dikeluarkan oleh ustaz ini: ‘dalam satu hari, sungai di Selangor akan menerima sampah sebanyak 15 tan’. Fakta mana yang dia ambil? Selepas itu katanya, sungai kita hanya dapat mampu menampung pencemaran sehingga tahun 2015. Fakta mana yang diambil? Fakta ‘agak-agak!?
Percaya atau tidak, sungai tidak akan dapat dipulihkan sehinggalah hari kiamat? Saya percaya. Sungai akan terus tercemar. Semakin hari akan terus tercemar. Ini adalah satu isyarat dan petunjuk dalaman bagi menyatakan al-Quran juga tidak akan dapat dipulihkan kesuciannya. Maksud saya disini, kepenggunaannya adalah dalam kehidupan kita. Al-Quran akan terus tercemar dengan tangan-tangan rakus manusia. Dan perkara ini akan terus berlarutan hinggalah ke satu tempoh masa yang telah dijanjikan Allah.
Janji Tuhan Pasti Berlaku. Walaupun al-Quran ini akan terus dicemari oleh mereka, ketahuilah akan wujud satu kumpulan yang telah dicipta oleh Allah bagi terus menjaga kesucian al-Quran dan Islam. Walaupun kumpulan ini kelihatan lemah dan tak mampu untuk berbuat apa-apa, namun hakikatnya mereka mempunyai satu kekuatan terpendam yang apabila sampai masanya kelak, kekuatan ini akan meledak dan terhambur segala kebenaran yang ditegakkan oleh kumpulan ini. Pada masa itu, kebatilah akan musnah, segala rahsia akan terbongkar dan akhirnya terjadilah satu zaman kegemilangan yang telah dijanjikan.Bila zaman itu, sememangnya kita tidak tahu.
Cuba lihat air sungai yang mengalir. Airnya semakin keruh. Semakin jauh sungai itu, semakin keruh airnya. Cuba anda kembali ke pangkal sungai. Cari permulaan punca sungai itu. Saya yakin, pangkal sungai itu masih jernih! Itu adalah original. Yang belum lagi dicemari. Maka dalam melayari kehidupan ini, saya mengajak pembaca untuk turut kembali kepada pengkal. Kembali pada konsep kehidupan manusia sebenar. Yang mana, jalan itu telah diberitahu di dalam Quran: ‘Islam itu lengkap, dan tidak ada yang lebih lengkap daripadanya’. Begitu juga dalam ayat: ‘sesungguhnya Islam itu adalah cara hidup’.
Home
»
»Unlabelled
» Kaitan Sungai dan AlQuran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Random Posts
3/random/post-list
Post a Comment
forum perdana hal ehwal....
kadang2 kecewa dengan sesetengah ahli panel yang cakap takde isi, lebih banyak loyar buruk daripada isi dan kadang2 keluar tajuk..
Post a Comment