Assalamualaikum wbt. Buat sahabat-sahabatku di ruang maya mahupun sahabat di dunia nyata. Sudah lama tidak bersua ya...

Tentu ada yang tertanya-tanya kemana perginya saya? Mengapa delete blog? Sudah futur? Malah ada juga insan yang perasan mengatakan saya tutup blog kerana 'takut' kepada dia semasa berhujah.

Mengapa saya tutup blog tidak perlu diperjelas. Biarkan blog yang lama menjadi kenangan. Menjadi Kenangan Terindah. Ini adalah blog baru. Rebranding. Wajah baru. Azam baru. Sinar baru.

Blog Peribadi saya ini lancarkan pada 1 Muharam 1429. Harapan saya, dengan permulaan ini, segala azam dan impian akan tercapai. Semoga dengan ilitizam di permulaan tahun baru menjadi pemangkin kepada diri sendiri serta menjadi pendorong semangat untuk menggapai impian.

Blog ini akan dikemas kini dari masa ke semasa. Ia termasuklah berkaitan posting, layout, dan segala kandungannya. Blog Peribadi ini tidak mementingkan 'benda gerak-gerak' yang pelik sepertimana sesetengah blog 'budak-budak'. Blog ini mementingkan isi. Isi yang terkandung di dalamnya diharap mampu memberi manfaat kepada pembaca dan juga kepada diri sendiri secara peribadi.

Tahun Baru 1429 akan memberi seribu erti kepada saya dan kehidupan seterusnya.
Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top