Saya agak gelihati apabila ada antara pengguna internet yang merasakan dirinya tahu sedangkan dirinya tak tahu. Saya pun ada juga perkara yang tidak tahu berkaitan internet, tapi jangan sesekali 'buat-buat tau' dan merasakan diri sudah 'menguasai' internet.

Jika setakat tahu guna Yahoo Messanger dan berbalas posting di forum-forum laman web, maka itu hanyalah perkara biasa. Budak kecil pun boleh lakukannya.

Berbicara tentang IP. IP ini boleh dikatakan alamat tempat anda mengakses internet. Apabila ada login ke internet, anda memerlukan IP. Dan IP itu lah yang membolehkan anda menerokai dunia internet ini.

Namun, segelintir pengguna internet keliru kerana sering mengatakan: Satu PC satu IP. Mereka menyangka setiap PC itu mempunyai IP yang tetap.

Hakikatnya tidak! IP akan berubah-ubah walaupun anda menggunakan PC yang sama. IP akan berubah apabila setiap kali anda akses ke internet. Percaya atau tidak? Jika tak percaya tak mengapa. Cuba check P anda sekarang. Sila ke laman www.whatismyip.com . Kemudian untuk mengetahui lokasi IP anda, sila ke laman ini http://www.ip2location.com/free.asp

Jika perlu, catit IP yang tadi. Kemudian anda disconnect internet. Kalau perlu, restart semula PC. Kemudian buat semula seperti perkara tadi. Ada kebarangkalian yang kuat menunjukkan IP itu tidak akan sama dengan IP yang tadi.

nota: entah mengapa tiba-tiba pula berbicara berkaitan teknikal.

Post a Comment

reezwan said... January 13, 2008 at 11:56 PM

betul tu..tapi aku rasa ape yg ko maksudkan ip x tetap bila setiap kali akses kepada internet itu adalah WAN IP, untuk pengguna streamyx (home) ip nya dynamic iaitu berubah2.. namun kita boleh memohon static ip. Mungkin apa yg dimaksudkan dengan ip tetap tu adelah LAN IP...LAN IP tanpa DHCP akan mempunyai IP yang tetap yang dimasukkan dlm properties. Sekadar mengkongsi pengetahuan. Untuk maklumat lanjut search LAN dan WAN di wikipedia.

NoZaBiZz said... January 17, 2008 at 7:29 PM

terima kasih di atas ilmu yg ustaz bagi tue. sebab ana tgk IP utk user dalam forum, IP dia tetap. nie masa ana jadi mode utk satu forumlah. satu server menggunakan satu IP sama. walaupun berlainan komputer, apa tah lagi pc yg sama. pas ustaz cakap nie baru ana tau. syukran ek ustaz.

Random Posts

3/random/post-list
 
Top