Siapakah Faizal Tahir? Adakah dia salah seorang penghuni pusat serenti yang terlepas? Atau mungkin juga orang biasa yang sering membuat kacau di tengah orang ramai?
Tidak! Tidak! Itu bukan dia. Faizal Tahir adalah seorang artis. Seorang yang berbakat besar. Seorang yang mempunyai daya tarikannya sendiri?
Daya tarikan apa?
Dia bekas penyanyi nasyid..... oh....
Saban hari berlalu. Faizal Tahir semakin terus memburu kejayaan demi kejayaan. Pabila dia masuk rancangan One In A Million, dia di sebut-sebut sebagai bakal juara. Namun, dia hanya mampu meraih tempat kedua. Tapi itu bukan penghalang. Faizal Tahir terus hidup. Malah lebih bersemangat untuk hidup.
Ramai yang mula memberi simpati kepada Faizal Tahir. Ayat-ayat: "sepatutnya dia yang menang 1 juta" kedengaran di sana sini. Makcik-makcik yang sedang menggoreng ikan di dapur pun tak lepas menyebut nama Faizal Tahir. "bagus faizal tu, walaupun dia tak menang, tapi dia makin popular". Tidak ketinggalan juga makcik-makcik lain yang turut mahu bercakap juga: "hensem jugak si faizal tahir tu ye".
Pujian di sana sini. Hampir seluruh pelusuk bumi memuji Faizal Tahir. Yang gembira tentulah Faizal Tahir. Manakan tidak, pujian adalah makanan yang paling enak di dalam dunia. Namun, sering kita lupa, yang enak itu juga boleh memberi mudarat. Bagaimana? Ia akan jadi mudarat pabila setiap masa menerima pujian, lansung tiada teguran, tiada bantahan.
Lupa diri. Terasa diri di kayangan. Terasa diri sudah cukup bagus. Merasakan diri paling bagus di antara orang lain. Inilah kesan akibat dari pujian yang melampau-lampai tadi. Disebabkan itu, Faizal Tahir mula tidak dapat mengawal dirinya dek kerana merasakan diri sudah besar dan kepala pun sudah naik asyik. Tidak ada lain di fikiran melainkan mahu! mahu! mahu! Mahu apa? Mahu buktikan: Inilah dia aku yang menjadi teramat bagus.
Kesannya sudah nampak. Faizal Tahir melalui proses popular yang amat singkat. Lumrah kehidupan, yang cepat naik akan cepat turun. Umpama mee segera... Cepat di masak, cepat di makan. Faizal cuba melakukan sesuatu yang orang lain tak buat. Dia tidak sedar bahawa apa yang dia lakukan bakal mengundang satu peristiwa buruk dalam hidupnya.
Faizal sedang menjatuhkan dirinya sendiri...
Home
»
»Unlabelled
» Faizal Tahir Sedang Turun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Random Posts
3/random/post-list
Post a Comment
takpela.kita doakan dia. kita pun bukannya baik sgt nk ckp dia jahat. kita tak tau kebaikan dia
sy setuju ain..
sape kite nak tentukandosa pahala orang laen. yang penting atie. igt sume orang yang alim2 kat luar tu, baek sangat ke.kadang2 org yg non muslim tu lagi mulia hatinye
Jangan rasa bangga menulis dan menyebarkan keburukan orang lain. Bagaimana kalau orang melakukan perkara yang sama kepada kita. Kita semua ada kelemahan. Sepatutnya tuan doakan dia supaya Allah memberi hidayah dan petunjuk.
pakai je kopiah kat banner..cait
jgn sembarangan mengatakan org itu sedang menjatuhkn dirinya sendiri..setiap manusia Allah telah tetapkn takdirnya.kalau sekarang dia tengah naik kerana usaha dia sendiri,biarkan la.janji dia belajar dari kesilapan.jgn cepat sangat emngadili orang lain.hanya Allah je yang maha mengetahui.kita manusia banyak khilafnya.sama juga dengan kamu.kamu yang penuh ilmu di dada harus lebih arif dengan apa yang kamu katakan.jgn disebabkan 1 kesalahannya pd masa lampau kita copkn dia sbagai orang yg bersalah.tak baik tu.biarkan la dia.doakn yg terbaik utk dia sbagai saudara sesama ISLAM..jauhkn perasaan hasad dengki & buruk sangka terhadap org lain..
Diriwayatkan abu hurairah "sesiapa yg menutup keaiban manusia,nescaya Allah akan menutup keaiban nya kelak"
dosa,pahala atas Allah yg tentukan di bantu oleh malaikat Munkar & Nakir.segala amalan,perbuatan ,kekhilafan,kesyaitanan dinilai oleh Allah.justeru kita hendaklah bersangka baik & segala kekhilafan di jadikan sempadan.
Wallahua'lam
dh xde benda lain ke ko nk tulis....bukak kepiah tu,wtpe pkai klo mulut busuk cm longkang...
FT sedang turun ke??? tgk skrg FT ada kt mana dah??? tu la MALAY TYPICAL pnya pemikiran. dia wpun rock tp mulut x jahat. hati x busuk. xde hasad dengki kt org lain.
ko tu pun pakai kopiah rasa ilmu agama dh cukup ke? ingat!! klu ko dh rasa mcm tu ko dh riyak tau! ko kena ingat ko tu pun sdg diuji oleh Allah samada ikhlas atau tak dlm berdakwah dan bagaimana pendekatan ko dlm berdakwah.
Post a Comment