Hari ini hari jumaat. Pergi solat jumaat seperti biasa.

Khutbah hari ini ada sedikit menarik perhatian saya. Mungkin juga menarik perhatian ahli jemaah yang lain. Khutbah hari ini mengupas berkaitan kepimpinan. Muqaddimah khutbah yang agak bagus. Menceritakan perihal pemimpin yang bukan sahaja dari ahli politik, tetapi merangkumi pemimpin keluarga, pemimpin kampung, pemimpin pelajar dan sebagainya.

Apabila isi khutbah sudah panjang berjela menceritakan tentang pemimpin, tiba-tiba isi kandungan khutbah agak sedikit berbaur 'pihak' tertentu. Entah datang dari mana: isi khutbah menceritakan tentang kesan buruk berdemontrasi. Antara ayat yang masih ingat: 'Mereka mengatakan itu adalah demontrasi aman, tetapi aman apa kalau terpaksa jalan ditutup? Aman apa kalau peniaga-peniaga terpaksa tutup kedai?'.

Mari mengambil kesempatan! Di masjid pun boleh mengambil kesempatan. Apa kaitannya demontrasi tersebut dengan topik Peranan Seorang Pemimpin? Seketika, terdapat beberapa ahli jemaah yang bangun meninggalkan ruang masjid. Ada juga yang bingkas bangun lalu balik dengan motosikalnya.

Kesimpulan: Demam Pilihanraya

Post a Comment

raja said... January 15, 2008 at 1:00 PM

berapa ramai yg tahu Islam ,berapa ramai yang memahami islam ,berapa ramai yang memahami lalu menggelirukan islam bagi kepentingan masing2 ...

Random Posts

3/random/post-list
 
Top