Semalam saya membuka siaran Sinar.FM. Ketika itu di dalam kereta sedang dalam perjalanan pulang selepas makan malam bersama keluarga.

Tidak lama kemudian, juruhebah radio berkenaan memberitahu akan lagu seterusnya berjudul Curahan Rasa daripada kumpulan XPDC. "Eh, lagu baru ke?", cetus hati saya.

Esoknya, saya pergi mencari di kedai CD. Ya, memang ada. Album XPDC terbaru berjudul Rock Union. Rasa teruja juga untuk membeli. Saya bertanya: kaset ada ke tidak? ... Kaset takde...

Mahu beli CD semacam kurang berkemampuan. Harga CD RM28.80. Berpeluh juga mahu mengeluarkan duit sebanyak itu untuk membeli CD. Tapi rasa macam mahu beli juga. Tambahan pula, khabarnya lagu baru yang terdapat di dalam album itu memang bagus! Gandingan vokalis lama XPDC iaitu Mael yang bergabung semula bersama anggota lama XPDC yang lain.

Mahu beli atau tidak?... hermm..

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top