Minggu Kedua Lepas Kahwin
(klik gambar untuk lebih besar)
Assalamualaikum wbt.
Sudah lama rasanya aku tidak berdamping dengan internet. Semenjak perkahwinanku sehinggalah hari ini, internet di rumahku masih lagi belum boleh digunakan. Berkali2 menelepon pihak Streamyx, namun ada saja alasan yang diberikan. Hari ini, genap sebulan internet di rumah tidak boleh buat connection.
Sedikit coretan sekadar mengimbau perjalanan perjalananku sebelum ini.
Pada entry sebelumnya di bawah ini, satu kisah telah ku coretkan. Maka entry kali ini adalah kesinambungan perjalananku khususnya setelah bergelar suami orang kini.
Seminggu selepas aku ke ipoh (rujuk entry sebelum), aku ke KL menjemput zaujah. Setelah selesai makan malam, aku deal dgn Imam untuk sama-sama bertolak ke tapak program Family Day alumni kami. Tempatnya di Pangsun area sungai congkak.
Aku dan zaujah menunggu Imam dan zaujahnya di UM. Setelah berjumpa, kami sama2 bertolak ke lokasi program. Sampai di lokasi, sudah ada ramai juga sahabat yang telah tiba lebih awal. Antaranya adalah orang kuat program iaitu Zubir Shah. Lain2 yang telah sedia ada seperti Fadh, Hafiz, Merico, Haji Hakim dan lain lain lagi.
Setelah check in, pertemuan awal diadakan. Namun, baru saja hendak bermula pertemuan, elektrik terpadam. Khabar yang diterima mengatakan satu Ulu langat elektrik terputus. Akhirnya, pertemuan pada malam itu ditunda ke keesokan harinya. Aku terus balik ke balik dan terus tidur. Nikmatnya tidur dalam kepenatan setelah jauh berjalan.
Esok pagi, setelah sarapan, terus sahaja dimulakan pertemuan yang tertunda malam tadi. Setelah usai pertemuan itu, ada slot sukaneka. Best jugak la. Ada game yang melibatkan pasangan suami isteri. Mujurlah aku dah kahwin.. hehe.
Usai saja slot sukaneka, slot seterusnya bermandi manda di sungai. Wahh!! Sudah lama tidak bermandi mana bersama sahabat. Terasa seronok bilamana dapat mengimbau kembali kenangan silam semasa mandi di kala itu. Dulu semasa di kampus, sering saja lokasi seperti ini kami jadikan tempat untuk membuat rehlah, latihan dan sebagainya.
Petang nya pula diadakan mesyuarat agung. Selesai mesyuarat, malamnya slot BBQ. Agak sayu juga slot BBQ malam tu. Entah kenapa. Mungkin tidak ada suasana membakar ayam sendiri setelah proses membakar ayam di serah kepada yang empunya tempat prgm.
Malamnya tidur. Esok pagi sambung semula slot sukaneka. Dan akhir sekali adalah slot penyampaian hadiah. banyak juga hadiah yang aku dapat. Ramai sahabat yang jeles. hehe.
Selesai program, aku dan zaujah terus ke Kapar, Klang untuk menghantar barang. Masya allah, jauhnya. Sampai di sana dalam jam 7pm. Selesai memindah barang, makan malam di gerai berdekatan. Perjalanan di sambung kembali dan di hala terus ke Batu Pahat. Penat sangat!.
Singgah di RnR Ayer Keroh untuk solat. Beli buah tangan untuk mak ayah dan juga mentua.
Selesai semuanya, bertolak kembali. Aku dan zaujah tiba di rumah org tuaku pada jam 11.30 malam. Hanya singgah sebentar memberi buah tangan rambutan. Setelah duduk lebih kurang 8 minit, aku dan zaujah bertolak pula ke rumah mentua. Sampai sana lebih kurang jam 12.15 pagi. penatnya ya Allah, Tuhan saja yang tahu.
Esoknya, mentuaku buat majlis kenduri doa selamat. Doa selamat sempena selamatnya majlis walimah.
Hari selasa, aku dan zaujah bertolak semula ke Melaka. Satu percutian yang takde ke mana pun.
Post a Comment
apsal saya tak tau along dah nikah? :? tahniah nway...
Post a Comment