Hari ini aku melangkah ke tempat kerja dalam keadaan lesu dan tak bermaya. Kerana sebelum itu, aku telah menempuh satu perjalanan yang agak jauh beserta pengalaman baru dalam hidupku.

Begini ceritanya.

Pada hari Sabtu 5hb Julai, aku bersama zaujahku balik kampung. Ada 2 tujuan sebenarnya. Tujuan pertama untuk menghadhiri walimah rakanku iaitu Siti Aisyah bt Sahnin. Aku tiba di lokasi walimah sekitar jam 3.30 pm.

Selesai sahaja urusan di majlis walimah, aku dan zaujah balik ke rumah. Rileks2 kejap. Dan selepas itu dalam jam 6.00 pm, bergerak semula ke Melaka bersama mak, yah dan upik. Esoknya kami akan bergerak ke Ipoh untuk menghantar adikku belajar di sana.


Keesokan pagi, kami bertolak jam 10 pagi. Aku nekad saja sebab inilah pertama kali keretaku akan berjalan jauh. Daripada tol Ayer Keroh, aku memandu non stop sehinggalah berhenti rehar di RnR Jejantas Sungai Buloh. Kami makan tengahari di situ.

Setelah selesai makan, jam baru menunjukkan 1.15 pm. Aku bercadang untuk menunggu waktu Zuhur apabila masa pun tidak lah lama sangat untuk menunggu. Sedang berbual di hadapan kereta, alangkah terkejutnya aku bila mak beritahu 'eh, apsal tayar belakang macam lembik je tuu??'. Aku pada awalnya tidak mahu percaya. Tetapi apabila mata ini difokuskan betul2 pada tayar belakang sebelah kanan tu, memang conform tayar ku pancit!!

Subhanallah. Pertama kali tayar keretaku pancit selama aku menggunakannya. Mula-mula agak pressure juga. Mujur ada zaujah yang menenangkan. Upik juga membantu.

Kami pun buka bonet dan mengeluarkan tayar spare. Tayar spare ini tidak sama saiz dengan tayar sport rim ku. Tapi, ini sahaja jalan yang ada. So, berhempas pulas lah aku dan upik menukar tayar.

Selesai menukar tayar, tayar spare pula tidak cukup angin. Yang peliknya, kali ini tidak ada rasa cemas di mindaku. Aku mengajak zaujahku ke stesen minyak Mobil di hadapan sikit untuk mengepam tayar spare itu. Mak, upik yah beserta barang2 upik ditinggal sebentar.

Selesai megepam, aku dengan 'selambernye', menentang arus berani mati apabila berpatah balik semula ke tempat aku parking tadi. Mujur selamat dan tidak ada kenderaan yang lalu ketika itu.

Setelah bincang bincang dan telefon member2 beserta talian kecemasan PLUS, aku meneruskan perjalanan dengan kelajuan maxsima 60km/j sahaja. Targetku, akan keluar mana-mana exit untuk mencari kedai tayar.

Aku keluar di Exit tol Tanjung Malim. Sambil berdoa yang tak putus-putus, aku mencari2 kedai tayar namun semunya tutup. lantas aku pun berpatah balik semula. Dalam hati masih mengharap pada Tuhan dan naluriku begitu kuat mengatakan yang Allah akan membantuku.

Subhanallah!, dalam perjalanan patah balik tu, zaujahku mengatakan ada kedai buka. Ya! Memang ada!. Aku pun menghalakan kereta ke kedai tayar itu.

Keputusan dibuat untuk mengganti kesemua tayar. Rancangnya mahu ganti 2 sahaja, namun setelah di bebel oleh emakku, gantilah juga keempat-empatnya.

Setelah itu, kami pun meneruskan perjalanan non stop dengan tayar baru. Kali ini boleh lah speed hingga 120. Tiba di Ipoh lebih kurang jam 6.15 pm. Walaupun pada asalnya aku target mahu sampai Ipoh dalam jam 3.00 pm, namun aku merancang dan Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah itu lah yang terbaik.

Bual bual sebentar bersama adik2 junior. Kemudian ziarah sebentar ke rumah Abg Firdaus. Dalam jam 7.30pm, kami pun bertolak untuk pulang. Perjalanan balik ini, barulah aku terasa akan betapa letihnya badan ini. Sangat letih. Aku masuk RnR Tapah untuk berehat sebentar dan solat Jamak. Selepas itu, Zaujahku mengambil alih peranan sebagai driver untuk menghala ke KL. Aku memang dah tak larat dah.

Sampai di KL jam 12.00 am. Rehat sebentar di rumah sewa zaujahku. Lebih kurang 10 minit, aku meneruskan pemanduan untuk balik ke Melaka. Penat letih yang teramat sangat. Tiba di rumah pada jam 2.15 pagi. Masuk rumah terus tidur. Hasilnya, emosi kerjaku pada hari ini (Isnin) sangat lemah dan layu. huhuhu.. letihnyeee....

Pengajaran yang aku dapat pada pengalaman ini, aku terasa yang Allah bersama-samaku. Aku bermuhasabah bersama zaujahku perihal ujian yang menimpa di waktu sepanjang perjalanan tadi. Tayar bocor, mengapa Allah beri ujian itu di masa aku di RnR? Mengapa tidak di dalam perjalanan? Ini adalah satu bukti bahawa Allah akan beri ujian kepada hambanya mengikut setakat mana kemampuan yang boleh diterima.

Antara sebab mengapa Allah beri ujian ini di RnR kerana tayar spare ku kekurangan angin. Maka, aku boleh mengepam tayar itu di stesen minyak. Cuba bayangkan tayar pancit di tengah jalan, tukar memang boleh tukar, tapi tayar spare tiada angin! Macam mana mahu meneruskan perjalanan dalam keadaan tayar kekurangan angin? Allah sangat hebat!! Segala puji pujian hanya bagi Allah.

Dan proses pencarian kedai tayar juga mengajar aku bahawa betapa tingginya konsep tawakkal yang perlu ada dalam diri setiap insan. Apabila kita menyerahkkan segalanya pada Allah, insyallah Allah akan memandu kita untuk menuju jalan keluar. TERIMA KASIH TUHANKU! TERIMA KASIH ALLAH!.

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top