Syukur pada Allah, kini ku sudah bergelar suami. Satu alam baru yang perlu aku lalui selepas ini dan semestinya ia berbeza dengan alam sebelumnya. 27, 28 dan 29hb yang lalu mencatat sejarah buat diriku. Pada 27hb Jun pada jam lebih kurang 3.45pm, aku selamat dinikahkan dengan zaujahku yang tercinta Nor Jannah bt Saip. 28hb pula, majlis walimah di sebelah rumah zaujah manakala 29hb pula majlis di rumahku.
Terima kasih buat semua sahabat sahabat yang sudi hadir ke walimahku. Terasa sangat seronok dan berbesar hati pabila melihat wajah2 sahabat yang datang dari jauh semata-mata mahu meraikan majlis kami.
Doakan kami agar menjadi pasangan yang soleh solehah. Menjadi sebuah keluarga yang bahagia dan penyayang. Sebuah keluarga sakinah yang menjadikan Islam sebagai landasannya. Dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Dan dipertemukan akan kami di syurga nanti.
Terima kasih!

Post a Comment

Anonymous said... July 3, 2008 at 11:40 AM

Tahniah buat pengantin baru.... adinda safa dan pasangannya Jannah.

ermm nampak best la kek coklat tu bertambah seri di apit kedua mempelai.

buat adindaku....

Tempuhilah alam barumu sebaik mungkin, hiasilah syurgamu dengan zuriat yang soleh dan solehah penyambung perjuangan. Semoga menjadi suami dan ayah yang mithali.

Anonymous said... July 11, 2008 at 11:08 PM

assalamaualaikum. tahniah! semoga Allah mengumpulkan kalian berdua dalam redhaNya. lama x dgr cite.. tup2, dah kawin.. chewang --> http://wmazmi.wordpress.com

Anonymous said... July 17, 2008 at 11:41 PM

slm..entry di blog safa tak segarang dulu...sejak dah bergelar suami ni...besar sungguh hikmah nikah ni ye...tahniah ya akhi...

Anonymous said... July 31, 2008 at 4:03 PM

Salam...tahniah, macam tak percaya sahabat baik aku dah kahwin..minta maaf banyak2 tak dapat hadir, aku sekarang ada kat msia, insya allah 8 haribulanni akan balik kammpung...kalau kau ada kat kampung waktu tu, bagitau k...salam - khairul

Random Posts

3/random/post-list
 
Top