Hari ini bangun tido, gigi bongsuku macam nak sakit semula. Dulu masa time bulan puasa, gigi yang sama meragam sakit yg teramat sgt hingga aku tak boleh tidur dan hingga menangis menahan sakit. Itulah panahan sakit gigi ketika itu.

Di awal bulan puasa, aku ke klinik gigi, doktor beri aku ubat hilangkan sakit dan disuruh aku dtg semua 3 hari selepas itu. Bila aku makan ubat itu hingga abis, terus tak sakit. Aku tak pegi klinik semula dan gigi tak sakit lagi hinggalah pagi tadi.

Pagi tadi, gigi tu mcm nak sakit semula. Jadi, bagi mengelakkan aku berhadapan dengan kesakitan yang teramat sangat mcm dulu, aku terus ke Klinik Gigi. Di klinik, doktornya doktor perempuan. Aku request untuk cabut gigi tersebut. Doktor tu kata ok.

Proses mencabut bermula. Sakitnya ya Allah tuhan saja yang tahu. Seingat aku, aku diberi ubat bius sebanyak 5 cucuk. Banyak tu! Tapi masih still sakit. Doktor sedaya upaya mencungkil nak menarik gigi bongsu aku tu. Tap!!! Gigi itu patah!!

Aku agak kecewa. Sepatutnya gigi dicabut keseluruhan tapi patah di tengah. Doktor kata tak boleh cabut biasa. Katanya, akar gigi bongsuku bengkok. Doktor buat oppointment minggu depan utk aku menjalani pembedahan kecil mengeluar / mencabut baki gigi aku tu.

Terasa seram mendengar perkataan bedah. Doktor kata, gusiku akan dibelah dan mengeluarkan gigi itu dengan memotong kecil kecil......

Dugaan.........

Berdebarnya menanti saat itu. huuuuu

Post a Comment

azzakwan said... November 28, 2008 at 8:13 PM

salam,

sy jugak mengalami kejadian sama, http://azzakwan.multiply.com/journal/item/193/Cabut_gigi_bongsu...?replies_read=1 ... tapi dah kena bedah la..

chinta said... December 16, 2014 at 6:25 PM

Lame x bedah? Sakit bape lame lepas bedah? Bole bcakap & makan x lepas bedah?

Random Posts

3/random/post-list
 
Top