Sudah lama juga aku tidak mempostingkan diri di halaman blog ini. Boleh dikatakan hari-hari sebelum ini agak dibelenggu dengan beberapa situasi yang memaksa aku untuk menyisihkan seketika halaman ini.

Pabila dikenang-kenang beberapa hari lalu, terasa sungguh mencabar juga pengalaman yang dilalui. Bukanlah terlalu hebat sangat, tetapi dari sebuah pengalaman itu mengajar aku untuk berhadapan dengan hari -hari yang lain selepas ini.

Epilog ini dicoret bagi merekodkan sebuah pengalaman aku berkaitan satu situasi yang antara lain merupakan ujian buat aku dan isteri.


Pada hari ahad malam 9hb November 2008, isteriku mengadu sakit telinga. Katanya sakit sakit biasa sahaja. Aku mengatakan kepadanya bahawa esok aku akan membawanya ke klinik. Isteriku mengatakan tidak perlu kerana katanya sebelum2 ini pun dah sakit mcm biasa.

Aku tetap berkeras mahu membawanya ke klinik. Malam itu, aku bertanya dengan rakan rakan tentang di mana letaknya klinik yang doktor perempuan. Aku yakin, bila sakit telinga, doktor akan menyuruh isteriku membuka tudung. Maka kerana itulah aku mencari doktor perempuan. Perkara ini boleh lagi diusahakan, maka usahalah. Sebagai suami, aku bertanggungjawab untuk mempertahankan aurat isteriku walau atas alasan perubatan. Lainlah jika keadaan tika itu sudah memaksa, maka boleh aku iktikod darurah pada keadaan tertentu. Selagi aku masih berupaya untuk berikhtiar yang terbaik buat agama, maka aku akan cuba sedaya mungkin.

Pagi esoknya, aku membawa isteriku ke KLinik Maryam di Merlimau. Malangnya, doktor yang sedang bertugas pada hari itu adalah doktor lelaki iaitu suami kepada Doktor Maryam. AKu agak kecewa. Aku mengajak isteriku ke Klinik satu lag yang menempatkan Doktor perempuan iaitu di sebuah taman di Semabok. Klinik Mesra.

Alhamdulillah, sampai di Klinik itu, yang bertugas memang doktor perempuan Islam. Patient tika itu pun tidak ada, maka aku dan isteri dapat masuk berjumpa doktor dengan cepat.

Doktor mengatakan telinga kiri isteriku bengkak, dan diberilah ubat. Hari isnin selasa dan rabu aku bercuti kerana menjaga isteriku yang setiap hari menangis menanggung kasakitan.

Hari Rabu, isteriku mengatakan sakit berpindah pula ke telinga kanan. Ujarnya, sakit yang ini lebih sakit. Aku membwa nya ke Hospital Pakar di Muar. Tiba di sana, pihak emercency di sana menolak isteriku dan menyuruh aku pergi sahaja ke Poliklinik Muar yang terletak bersebelahan Hospital Pakar tersebut. Agak kecewa juga kerana isteriku dtg dengan kesakitan yg amat sangat.

Menunggu giliran di Poliklinik sememangnya amat lama. Sementara menunggu giliran tiba, aku dan isteri sarapan sebentar.Apbila masuk semula, nombor giliran sudah hampir tiba.

Sepanjang masa itu aku berdoa mengharapkan, doktor yang bakal merawat isteriku nanti adalah doktor perempuan Islam.

Bila tiba nombor giliran, aku mengikut sekali ke bilik doktor. Alhamdulillah, bila aku masuk ke blilik doktor, doktor yang bertugas di dalam bilik itu adalah doktor perempuan Islam. Muda lagi. Mungkin sebaya baya aku.

Semasa sesi rawatan, aku memang tidak berpuas hati dengan cara rawatan doktor muda ini. Malah isteriku berkata, mahu saja disikunya muka doktor perempuan muda itu. Mana tidaknya, telinga tengah sakit, boleh sahaja si doktor perempuan ini menarik dengan kuat cuping telinga isteriku dan menjolok alat utk check telinga itu dengan kasar dan dalam.

Selesai rawatan itu, pergi pula utk mengabil ubat. Ubat yang dapat hanya paracetamol dan ubat titis. Memang celaka betul lah doktor perempuan muda ini!!

Tidak puas hati dengan doktor perempuan ini, keesokannya hari Khamis, aku pergi semula membawa isteriku ke klinik private Klinik Mesra. Layanan yang diberi amat memuaskan hati aku. Walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit kos, namun puas hati itu lebih penting.

Di samping memberi rawatan, memberi ubat yang sesuai, doktor juga memberi sedikit kaunseling. Puas hati sangat!

Alhamdulillah makan ubat dari klinik itu, kini isteriku beransur sembuh...

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top