Ujian Dari Tuhan.

Pada hari rabu lepas, entah mengapa aku di timpa satu ujian yang sedikit sebanyak ada la jugak rasa sakit.

Lihat saja gambar ini.

Tika itu, aku berhasrat mahu mengangkat cermin di store. Aku angkat cermin itu tanpa menggunakan sarung tangan.....

Selepas itu...



aku angkat cermin itu menggunakan kedua tanganku.

Secara tiba-tiba, cermin di sebelah kiriku terbelah dan pecah secara mengejut. Aku lepaskan cermin. Aku tak tahu apa yang terjadi pada cermin yang lain. Mungkin pecah semua. Aku terus melihat jariku.

Tidaklah sakit sangat. Aku rasa mungkin tdak luka. Bila lihat, masyallah!!! Darah mengalir tanpa henti. Banyak sekali!! Aku panik. Bukan kerana sakit. Tetapi kerana darah yang keluar amat banyak.

Aku dibantu oleh rakan. Cuci luka. Kemudian balut.

Aku dihantar ke klinik merlimau oleh md nor, shahidy dan rizal.

Di klinik, darah masih keluar banyak tika pembalut yg rakanku bungkus tadi di buka.

Lukaku dijahit. Tidak silap ku dengan empat jahitan. Pertama kali dalam hidupku, aku dijahit (tidak termasuk jahitan ketika berkhatan).

Bila kenang kembali kemalangan itu tempoh hari, terasa ngerinya.

Allah maha besar. Ujian ini adalah datang dariNya.

Satu sahaja kata hatiku: TERIMA KASIH TUHAN Kerana Memberi Ujian ini!

Keyakinanku, bila seseorang muslim itu di uji oleh Tuhan, bermakna dirinya di pandang dan di awasi Tuhan. Beruntungnya!!!.

Dan keyakinan kita sebagai mukmin, selepas ujian, pasti akan datang kemanisan! Insyallah!!!

Post a Comment

Unknown said... September 1, 2008 at 11:38 PM

Uish.. ngerinya tengok :p hehe teringat lak pengalaman jari telunjuk kiri terbelah masa kecik2 dlu sebab pi selitkan kat tengah bilah kipas yang bergerak hehe (^_^) sampai sekarang ada kesan :p tapi x jahit pun..ni nampak macam dasyat je :p

abid said... September 4, 2008 at 12:25 PM

heee,...ngeri n terasa ngilu..huhu..
moga cepat sembuh..

Anonymous said... September 15, 2008 at 6:14 PM

padan muka!! tu la tak fokus, ahak~

Anonymous said... October 9, 2008 at 9:27 PM

nampak macam x pro je jahitan tu...

Random Posts

3/random/post-list
 
Top