Adakah anda pernah mendengar katak menyanyi? Ya, sudah tentu pernah bukan?Kebiasaannya, kita akan dapat mendengar katak/kodok menyanyi pabila waktu maghrib dan cuaca ketika itu lembab/basah. Kumpulan kodok begitu bersemangat untuk menyanyikan lagunya berserta irama yang macam-macam. Kadang-kadang terhibur juga.

Apa yang tersingkap di sebaliknya?Kodok/katak mungkin haiwan yang kita pandang sebelah mata. Kehadirannya mungkin tidak di endah oleh kita jika nak dibandingkan dengan kehadiran artis popular idaman hati. Namun, ikhlasnya kodok/katak! Memperjuangkan perjuangannya sebagai seekor kodok/katak walaupun keadaan cara hidup dunia berubah! Kodok/katak masih mengekalkan corak/konsep muziknya. Katak/kodok tidak peduli zaman apa yang sedang berlalu. Itulah istiqamah dan teguhnya pendirian kodok.

Katak/kodok tak memerlukan wajah yang hensem/menarik untuk menyanyikan lagunya. Kerana ia yakin, bakat dari Allah adalah yang lebih utama. Suara kodok/katak yang original lah yang menyebabkan kodok/katak masih lagi berjuang di atas landasannya! Hingga kini, kodok/katak masih mengekalkan genre muziknya.

Diharapkan, katak/kodok akan terus bertahan dengan konsep yang diperjuangkan walaupun masyarakat tidak memandang. Kerana kodok/katak tidak mengejar popular. Kodok/katak tak mengejar glamer.

Saya serahkan kepada semua untuk meletakkan status cerita saya ke arah mana. Semua orang ada akal fikiran. Mampu untuk menilai sesuatu. Apa guna dianugerahkan akal fikiran hanya digunakan untuk menunjukkan kebodohan diri sendiri...

Bukanlah saya nak meninggikan martabat kodok. Kodok memang akan kekal sebagai kodok sehinggalah kodok pupus suatu hari ini. Namun apa yang saya nak puji akan kekuasaan Allah ini apabila menciptakan haiwan dengan penuh disiplin. Bukan sahaja kodok, malah majoriti haiwan begitu.

Disiplin yang diwarisi turun menurun menyebabkan setiap spesis haiwan bangga akan spesisnya sendiri. Kodok umpamanya tidak akan meniru-niru cara hidup haiwan lain kerana baginya, cara hidupnya sudah terbaik!

Lihat saja istiqamahnya ayam jantan menyanyi (berkokok). Mungkin dari awal kewujudannya dulu hinggalah kini, begitulah nada ayam jantan berkokok. Tidak berubah berubah genrenya. Sebab ayam jantan sentiasa mempertahankan perjuangannya untuk memastikan genre muziknya sentiasa diwarisi turun temurun. Lagi kagum, setiap ayam jantan berpegang kepada irama kokokan yang satu!

Sebab itu orang-orang dahulu kala banyak mencipta kisah pengajaran melalui cara hidup dan perwatakan haiwan. Sebab jika dibina cerita yang begitu, ia akan menjadikan satu cabaran kepada manusia supaya membuat lebih baik dari haiwan. Jika semut mampu bekerjasama dengan begitu erat, manusia juga mampu lebih dari itu.

Siapa yang terkena?

(koleksi artikel saya yang di post pada 15 Mac 2006)

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top