Siapa yang tidak mahu berjaya? Tanyalah sesiapa sahaja. Semua orang pasti mahu berjaya. Berjaya apa? Berjaya untuk menggapai apa yang mahu digapainya. Saya mahu berjaya. Dan saya yakin saya boleh berjaya. Kejayaan pertama adalah sifat kita untuk ingin berjaya!

Mahu berjaya bukan sekadar omong kosong. Berjaya tidak akan dapat diperolehi dengan hanya cakap-cakap di warung dan kantin. Berjaya juga takkan mampu hadir jika kita hanya asyik berchatting (contohnya YM) tanpa ada apa-apa usaha walau selangkah untuk menuju kejayaan.

Saya amat rindu untuk berjaya. Kerana bila kita berjaya, kita akan berasa hidup ini adalah satu nikmat yang amat besar Allah kurniakan kepada kita. Dunia yang terbentang luas ini Allah sediakan bukan setakat hanya cukup untuk bekerja, berkahwin, memperoleh anak, cucu, pencen dan kemudian mati. Jika semudah itu proses hidup di dunia, maka saya rasa adalah amat rugi.

Begitu juga pada aspek pembelajaran. Apabila saya bermuhasabah dan merenung masa mendatang yang kian menghampiri, apakah saya tiada lansung inisiatif dan transformasi kehidupan? Adakah saya perlu puas dengan apa yang saya ada sekarang. Jika saya mahu berhenti di sini dan berasa puas untuk apa yang ada sekarang, maka saya telah mensia-siakan segala macam nikmat kurniaan Allah di dunia ini untuk kita gali, cari, geledah, teroka dan memanfaatkannya. 

Motivasi berjaya boleh diperoleh di mana-mana sahaja. Di dalam rumah pun kita boleh mendapat motivasi dan inspirasi untuk berjaya. Haiwan Allah ciptakan dengan seribu macam hikmah yang perlu kita terjemahkan mengikut pemikiran yang kreatif. Seekor cicak mahu berjaya untuk menangkap serangga di lampu. Akhirnya cicak berjaya setelah bersabar dan berusaha. Begitu juga kucing yang berjaya menangkap tikus setelah bersabar dan berusaha setiap masa. Labah-labah berjaya membina sesawangnya yang unik dan cantik dengan kesabaran dan kesungguhan bekerja. Ayam berjaya mencari cacing setelah kais tanah dengan penuh kesabaran di merata tempat. 

Malah motivasi berjaya haiwan ini terlalu banyak sehingga di dalam Al-Quran sendiri menceritakan perihalnya. 

Rukun berjaya boleh di cipta oleh mana-mana individu yang mahukannya. Rukun Berjaya bukanlah satu ketetapan yang harus diikuti oleh semua individu. Ianya menjadi sebagai satu syarat wajib untuk satu individu menggapai kejayaan pada sudut apa yang dia mahukan.

Saya rasa Rukun Berjaya saya ini mampu mendorong saya untuk terus berjaya.

1. Doa dan pengharapan kepada Allah
2. Niat Mahu Berjaya 
3. Gerak Kerja Mahu Berjaya
4. Insan Pendorong
5. Berpandangan Jauh

Semoga saya berjaya! 

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top