Pagi ini masuk kerja semula setelah bercuti selama lebih kurang seminggu. Satu tempoh masa agak lama yang menyebabkan aku agak kemalasan untuk bergerak menuju ke office.

Mahu tak mahu, terpaksa lah juga gagahi langkah kaki ku ini untuk mengharungi rutinku seperti biasa.

Malam tadi aku baru bertolak dari kampung di Batu Pahat. Di sepanjang perjalanan, agak terhibur juga dengan karenah sahabat yang berlumba-lumba untuk menghubungi radio IKIM.FM untuk mengucapkan ucapan.

Aku menelefon IKIM.FM untuk mengucapkan selamat hari raya kepada isteri tersayang, ibu bapa dua2 pihak dan adik2 serta sahabat2 semalaysia. Kemudian, aku menerima sms dari abg Firdaus Ahmad dan Muzafar yang turut sama berada di dalam perjalanan.

Mereka mahu mencuba juga untuk menghubungi radio IKIM.FM untuk menyampaikan ucapan juga. Abg Firdaus dapat dulu. Sempat juga dia menyampaikan pesanan kepadaku melalui radio agar hati2 memandu. hehe.. ada ada saja. Last sekali muzafar pun dapat juga. Terhibur juga di sepanjang perjalanan itu.

Selamat Hari Raya Untuk Semua

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top