Pada hari Jumaat yang mulia, saya dengan rendah diri ingin bersama-sama sahabat sekalian bagi membincangkan satu fenomena yang berlaku di sekeliling kehidupan kita.
Pagi tadi, saya berbincang dengan kawan sekerja saya berkaitan permainan wang yang berlaku. Hal ini timbul pabila saya menyentuh bab insurans yang tidak berlandaskan hukum syarak. Solusi perbincangan berkaitan insurans tadi menyatakan bahawa hanya insuran 'Takaful' sahaja yang insyallah selamat bagi kita. Ini kerana, di tempat kerja saya ini, terdapat agent insurans utk syarikat MCIS yang begitu deras mempromosi dan mempunyai pelanggan yang ramai di sini. Maka itu lah, kami berbincang tentang hal itu dan kawan saya yang amat berpengalaman berkaitan insuran ini menyatakan bahawa MCIS difatwakan sebagai haram. MAA juga sama. Begitu juga Preduantial.
Selesai berbincang tentang insurans, kami berbincang pula berkaitan permainan wang yang kini agak hangat juga dibincangkan. Baru-baru ini, empat syarikat yang menjalankan perniagaan disamping mengutip wang dari orang awam telah di berkas dan di siasat Bank Negara Malaysia.
Salah satu syarikat tersebut yang turut disertai ramai kawan sekerja saya di sini ialah Syarikat Jazmeen (M) Sdn Bhd. Seorang kawan saya ini telah masuk ke skim permainan wang tersebut dengan bermodalkan RM 30,000.
Secara teori, memang benar syarikat tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai lesen untuk bergerak sebagai sebuah syarikat Sdn Bhd. Ini terbukti apabila syarikat tersebut memang mempunyai agensi perlancongan, percetakan dan sebagainya. Namun, untuk mengutip wang daripada orang awam, ia tidak dibenarkan untuk sebuah syarikat Sdn Bhd melainkan telah mendapat kelulusan tertentu daripada Bank Negara Malaysia.
Jika mahu bermain dengan undang-undang, memang jelas sekali keempat-empat syarikat terbabit memang bersalah kerana menjalankan skim permainan wang yang menjanjikan pulangan tertentu kepada pemberi modal.
Itu berkaitan undang-undang. Bagaimana pula dengan Hukum Syarak?
Saya pernah meneliti hujah Ust Zaharudin Abd Rahman berkaitan permainan wang ini. Seingat saya, semasa kes skim cepat kaya ini heboh satu tika dahulu. Antaranya seperti LUXOR, EMPAY dan sebagainya. Hujah Ust Zaharudin menyatakan bahawa, jika sesuatu pelaburan itu menjanjikan pulangan yang tetap pada tempoh yang tetap, dan diberi keyakinan akan untung dngan jumlah yang tetap, maka dengan jelas sekali bahawa skim tersebut adalah Haram.
Perkara ini saya ingin merujuk kepada skim yang dianjurkan oleh syarikat Jazmeen (M) Sdn Bhd. Saya telah diterangkan secara jelas oleh rakan saya yang telah masuk skim Jazmeen ini bahawa setiap ahli akan menerima jumlah pulangan yang tetap setiap bulan dan akan mula menerima keuntungan bermula pada bulan ke sebelas. Dan tempoh penerimaan pulangan itu akan berjalan selama 2 tahun. Bila genap 2 tahun, wang modal yang dilabur awal tadi akan dikembalikan semula.
Contohnya begini, jika saya melabur ke Jazmeen dengan jumlah RM 10,000, saya akan menerima pulangan setiap bulan sebanyak RM 1000. Apabila tiba bulan ke sepuluh, bermakna saya sudah balik modal kerana saya telah menerima RM 10,000. Namun, pulangan akan terus berjalan selama 2 tahun. Bermakna, dalam tempoh 2 tahun, saya akan menerima RM 24,000. Apabila genap 2 tahun, modal saya sebanyak RM10,000 akan dikembalikan yang menjadikan jumlah wang saya yang asalnya tadi hanya melabur RM 10,000 akan menjadi RM34,000.
Jika permainan wang yang dianjur Jazmeen berbentuk begini, dan apabila di kaji pada sudut Hukum Syarak, maka hukum kita melabur pada skim ini adalah Haram.
Kalau di fikir pada logik akal pun, adakah kita sebagai seorang umat Islam yang mempunyai kefahaman Islam sanggup menerima satu jumlah wang berganda tanpa kita mengeluarkan peluh? Duit siapa yang kita akan makan itu? Jika duit itu kita perolehi, dan ia dijadikan sumber makanan kita, maka ia akan menjadi darah daging kita dari sumber yang haram. Jika kita sudah ada isteri dan anak, sanggupkah kita memberi makan kepada mereka dari sumber yang was was yang ke arah yang Haram?
Sedangkan nabi kita sendiri terpaksa meredah padang pasir bagi mengajar kita konsep bahawa jika mahu mencari rezeki / wang, kita kenalah melalui kepayahan dan kesusahan. Nabi tidak mengajar kita bahawa duit akan datang bergolek dengan kita hanya berdiam diri sahaja.
Saya pernah terjebak ke dalam skim seperti ini satu tika dulu. Saya telah menghampakan orang bawah saya yang antaranya di kalangan sahabat kita sendiri. Bermula tika dan saat itu, saya bertekad untuk tidak akan terjebak lagi dengan permainan wang seperti ini. Sebutlah MLM di depan saya, nescaya saya tidak akan melayan anda. Promote lah produk yang jika dibeli, kene cari downline, nescaya saya akan berlalu pergi begitu sahaja.
Pada saya, biarlah hidup susah, asalkan kita bahagia. Sumber wang yang kita perolehi adalah jelas dari usaha kita. Kemewahan yang bagaimana lagi yang ingin kita cari?
Sebelum saya akhiri perbincangan ini, saya ingin menyentuh sedikit perihal salah satu permainan wang yang makin mendapat tempat baru-baru ini. Permainan tersebut tersebar luas di email email. Di email saya, banyak sekali yang menghantar tawaran permainan wang ini.
Kaedah permainan wang ini adalah dengan memasukkan sebanyak RM10 ke dalam akaun peserta yang berada di dalam senarai. Senarai nama itu adalan orang yang telah masuk ke permainan lebih awal. Sebanyak 5 akaun perlu dimasukkan dengan jaminan, nama kita kelak juga akan disenarai sepertimana senarai peserta yang lain.
Nasihat saya sebagai sahabat, eloklah jangan terlibat. Kita tak tahu siapa yang beri duit kepada kita. Saya sudah kaji permainan wang yang bermodalkan RM 50 itu. Saya khuatir, duit yang datang kepada kita tidak halal. Kerana duit itu bukan duit kita. Kita curi duit orang lain melalui permainan wang.
Jika di fikir, saya merasakan ada unsur judi pada permainan wang tersebut. Kita bertaruh sebanyak RM 50, kemudian tunggu. Esok kita lihat ada duit masuk dalam akaun kita. Lusa pun masuk juga. Hentikanlah daripada bermain wang seperti ini. Saya amat khuatir jikalau wang yang kita terima itu Haram. Kelak akan menjadi darah daging kita. Elakkan diri kita daripada menyertai segala permainan wang yang dianjur oleh mana-mana pihak sekalipun hatta yang mengajak itu sahabat baik kita sendiri.
Dalam banyak banyak permainan wang, saya berani jamin, permainan wang undi yang lebih popular dengan gelaran 'Main Kutu' adalah selamat dan terjamin. Permainan Kutu ini seolah-olah kita menabung dan bantu membantu.
Semoga perbincangan kita berkaitan wang ini mendapat manfaat buat sahabat-sahabat sekalian. Harap maaf jika terdapat kesalahan berkaitan fakta mahupun apa sahaja tutur bicara. Semoga amal kita diterima Allah.
Jazakallah
AlongSafa
Home
»
»Unlabelled
» Hindari Dari Permainan Wang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Random Posts
3/random/post-list
Post a Comment
Assalamualaikum wbt
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Bagus artikel ni Safa. Keep it up. Ramai orang asyik beri benda-benda seperti menjana wang dengan cepat dan sebagainya pada ana. At least, ana boleh beritahu pada diorang bahawa, perkara-perkara seperti itu bukan tak elok,tapi ada sebab kenapa dan mengapa. Syukran enta.
artikel yang sangat bermanfaat... lam kenal :)
Post a Comment