menonton thriller filem 2012, saya ternanti-nanti akan penayangan filem tersebut. Melihat beberapa babak yang diapaprkan memberi gambaran bahawa filem ini filem yang hebat. Apa yang saya impikan adalah filem ini akan memberi sedikit gambaran perihal kedahsyatan huru hara Hari Kiamat.

Harapan menggunung, tanggapan yang keterlaluan, akhirnya membawa kekecewaan. Apa yang diharapkan tidak seperti yang ditunggu-tunggu. Selama 2 jam setengah menonton 2012, kesimpulannya adalah sebuah kekecewaan.

2012 menyaksikan terlalu banyak 'kebetulan' dan keadaan 'nasib baik'. Situasi 'nasib baik' adalah norma biasa di dalam filem dan ironinya akan berpihak kepada hero. Namun di dalam 2012, situasi yang terlalu BANYAK nasib baik membuatkan penonton muak dan sudah menjangka bahawa 'dia akan selamat', 'dia akan dapat mengharungi halangan itu'.

Jalan cerita lebih banyak kepada 'menyelamatkan' beberapa individu dan fokus kepada point 'berjaya menyelamatkan diri'. Penonton mengharapkan paparan kedahsyatan huru hara bumi tetapi paparannya terlalu sedikit dan tampak tidak terlalu 'gempak'.

Menyusuri babak-babak akhir 2012, kekecewaan semakin di rasa apabila mula 'mematikan' hero heroin tempelan dan hero utama di angkat sebagai hero yang menyelamatkan dunia. Dan yang paling kecewa (pada saya) apabila KIAMAT tidak jadi berlaku. Happy Ending. Manusia terselamat. Bumi pula kembali pulih.

Mengharapkan keterujaan beserta sedikit pengajaran, tetapi hanya sekadar menonton sebuah cerita.

Post a Comment

naimayob said... November 16, 2009 at 1:58 PM

salam...jgn dipercayai filem 2012 itu...sedangkan nabi tdk tahu bila akan berlaku kiamat...tapi tanda2nya sudah ada...

AlongSafa said... November 18, 2009 at 4:00 AM

ada saya kata saya percaya?

Jemba said... November 18, 2009 at 11:28 AM

Then, you should watch 'Knowing', starred by Nicholas Cage. It is better than '2012', in term of depicting the doomsday. Heronye siap mati lagi..

Anonymous said... November 25, 2009 at 12:44 AM

nothing much that we can expect from a film starred by them...should be we create a film with really power CGI effect like that and we tell them what exectly will happen when "end of the world" happen...only Allah can helps us..

-soldierfoAllah-

Sharifah Natasha said... December 6, 2009 at 3:48 PM

salam alayk. it is normal actuallyif we watch the film. Nak buat macam mana, kan mereka akan takut apa yang akan berlaku nanti? Dan kemudiannya mereka akan menafikan perkara yang dahsyat tersebut. Adakah mereka membuat cerita sebegitu untuk menenangkan hari mereka dan masih lagi mengatakan perkara itu tidak benar. Tidak silap ana, dalam Al-Quran terdapat banyak sangat cara mereka tidak percaya and so on. Tentang berhala and so on..Entahla..apa lagi yang mereka nak dari Allah swt supaya mereka boleh menerima Islam tu agama yang satu..hmm.....

Random Posts

3/random/post-list
 
Top