Mengapa sanggup menzalimi diri untuk kebahagiaan orang lain? Ada sesetangah orang yang sanggup membiarkan dirinya derita, asalkan orang lain bahagia.

Setiap orang mempunyai hak untuk menjadi dirinya sendiri. Kita berhak untuk membawa haluan hidup kita ke arah mana yang kita mahukan. Kita tidak boleh membiarkan diri kita di kawal (control) oleh orang lain dengan pelbagai alasan yang di cipta.

Hidup ini Allah kurniakan kepada kita agar kita memanfaatkannya sebagai sebagai Hamba Abdi yang mendambakan redha dariNya. Untuk mencapai keredhaan dari Allah, tidak semestinya terkongkong pada satu kaedah sahaja. Lantaran itu, amat tidak wajar sekiranya ada mana-mana individu mengatakan bahawa terdapat 'satu' cara sahaja untuk mencapai keredhaan Allah.

Dalam masa yang sama, Allah juga mengutuskan manusia ke muka bumi ini sebagai khalifah, dan khalifah ini pula amat luas skop dan pengertiannya. Melaksanakan perintah ini tidak semestinya dengan kita melibatkan diri ke dalam parti politik, pertubuhan-pertubuhan tertentu yang dirasakan transit jelas untuk menuju realisasi menjadi khalifah. Memang itu juga adalah sebagai salah satu cara, tetapi harus diingat, bukan itu sahaja satu-satunya cara yang ada.

Terdapat beberapa pemimpin di dalam negara Malaysia melibatkan diri pada status khalifah (pemimpin) dalam masa tertentu dan bukannya tertumpu terus pada skop politik dari kecil hinggalah dewasa. Sebagai contoh mudah, Menteri Besar Selangor sekarang, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hanya aktif berpolitik beberapa tahun yang lalu. Namun, beliau terus diangkat sebagai khalifah tertinggi dalam negeri tersebut dengan jangka masa yang pendek sahaja.

Hormatilah diri kita sendiri. Tentukan haluan hidup kita. Masa depan yang panjang itu adalah bermula dengan langkah yang sedang kita harungi ketika ini. Jika langkah kita pada saat ini bercelaru dan tidak ada keyakinan, mana mungkin masa depan yang gemilang akan mampu kita perolehi.

Apa yang mahu disampaikan di sini ialah, anda berhak untuk menentukan hala hidup anda sendiri! Kejayaan sedang menunggu di depan sana. Ayuh ke sana dengan penuh keyakinan! Ingat! Pastikan untuk ke sana, anda sudah menyediakan segala macam persediaan! Allah dan Nabi Muhammad adalah sumber inspirasi kejayaan kita.

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top