Tiada angin tiada ribut, secara tiba-tiba cerita Sufiah Yusof meletup di dada-dada akhbar Malaysia. Tidak kurang juga paparannya di dalam media-media massa yang lain. Entah mengapa berita ini diangkat amat tinggi sedangkan banyak lagi isu yang sepatutnya diketengahkan oleh media Malaysia.

Sufiah Yusof sepertimana yang dilaporkan media kini sudah menjadi pelacur. Dan laporan terbaru di Harian Metro (rujuk link lampiran) menyatakan rasa bangganya dengan pekerjaan pelacuran yang menjadikan hidupnya serba mewah.

Mengapa terlalu sibuk dengan pelacur di luar negara sana? Apa tujuan media menggembar gemburkan tentang kisah pelacuran dia? Sedangkan dalam pada masa yang sama, pelacuran itu adalah jalan yang dipilih sendiri oleh Sufiah dan bukannya kerana keterpaksaan.

Nampak gayanya, kerajaan kini sedang berhempas pulas untuk menyelamatkan seorang pelacur yang berada di luar negara. Selepas ini, bajet besar akan dikeluarkan oleh kerajaan bagi melaksanakan misi 'Menyelamatkan Pelacur'. Misi ini saling tak ubah seperti menyelamatkan 'bangkai daripada di langgar kenderaan di jalan raya'.

Banyak lagi benda yang boleh dibuat khususnya di dalam negara sendiri. Adakah kerana 'kegeniusannya' satu ketika dahulu yang menyebabkan Sufiah mendapat kelas 'VIP' untuk diselamatkan oleh sebuah 'kerajaan'? Jika begini, amat rugilah rakyat Malaysia yang lain kerana dengan paksa rela membenarkan duit mereka dikorbankan untuk menyelamatkan seorang pelacur yang genius.

Mengapa tidak dilaburkan duit itu untuk memantapkan lagi keselamatan anak-anak gadis yang 'masih belum rosak' di dalam negara sendiri? Mantapkan perlaksaan disiplin di semua peringkat sekolah dan universiti. Perbanyakkan didikan agama agar anak-anak gadis tidak merosakkan dirinya sendiri lantaran hanya mahu mengejar kemewahan dan dunia glamor.

Yang sudah rosak, biarkanlah. Tambahan pula dia berada di luar negara. Banyak lagi pelacur di dalam negara yang harus diselamatkan.

http://www.hmetro.com.my/Monday/BeritaUtama/20080407085737/Article (rujuk laporan dari akhbar Harian Metro)

-adakah sekadar menaikkan isu baru bagi menutup tsunami politik baru-baru ini?

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top