Hari ini Jumaat 26 Jun 2020. Tatkala tulisan ini ditulis, di luar sana hujan sedang lebat turun dari pagi tadi. Sudah beberapa hari juga hujan kerap turun. Mungkin musim hujan sudah kembali. Cuma agak janggal bila musim hujan (dan musim banjir??) berlaku sekitar bulan Jun.

Musim Covid19 mula beransur reda. Masing masing sudah mula kerja. Musim Covid yang di kawal ketat akan menjadi sebuah kenangan. Terkenang waktu itu. Keadaan sunyi. Macam darurat. Nak keluar pun takut. Malam apatah lagi. Sepi sesepinya. Sekarang sudah kembali normal. Rindu pula zaman sepi itu. Sepi, mengundang ketenangan.

Sebab itu adakala kita di saran untuk uzlah. Menyendiri. Fikir dosa kita. Fikir amalan kita banyak mana. Kenangkan diri ini sejauh man kita dah urus dengan sebaik mungkin. 

Musim PKP, seisi keluarga duduk rumah bersama. Keakraban. Dapat solat jemaah sama. Dapat khatam Quran dalam bulan ramadan sama2 tadarus dengan ahli keluarga. Selepas PKP, masing2 dah mula sibuk. Anak2 sekolah, balik penat, sambung main, solat jemaah dah tak solid. 

Apa Lagi Yang Nak Dikenang. Hadirnya Covid, dalam musibah ada kenikmatan. Kenikmatan yang akan dirindui hingga akhir hayat

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top