[caption id="attachment_93" align="aligncenter" width="626"]kisahkfc3 Kaunter yang saya pesan pada barisan beratur sebelah kiri[/caption]

Pergi ke AEON Jaya Jusco

Malam ini saya keluar ke Shopping Complex di AEON Jaya Jusco bersebelahan Bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Pergi ke sana hanya beli beg tangan isteri. Beg yang lama sudah putus talinya. Selesai urusan membeli beg tangan, kami anak beranak pun masuk ke KFC di dalam AEON JJ itu. Beratur.

Sedang kami beratur, saya lihat pembeli di hadapan saya banyak yang berlalu pergi begitu sahaja. Sama ada tidak jadi beli atau ada hidangan yang perlu ditunggu dan akan dihantar kemudia oleh pekerja KFC. Itu telahan saya. Seketika saya menjeling ke rak tempat biasanya mereka meletakkan ayam goreng, burger, fries dan segala macam menu yang ada.

Kosong.

Yang ada hanya selonggok ayam goreng original.

Saya bisik pada isteri saya, "ayam tak ada lah".

"Mungkin ayam tengah goreng kot".

"mungkin juga".

Malas menunggu, lalu kami meninggalkan kaunter dan keluar daripada KFC itu.

"kita pergi KFC Semabok lah. Situ 24 jam. Tentu ayam banyak lagi. Sini mungkin dah nak tutup tu yang banyak dah tak ada".

 

Menuju KFC Semabok

Kami pun keluar dari AEON JJ itu dan menuju ke KFC Semabok. Anak-anak asyik merengek mahu makan KFC. Saya memberitahu kita kena makan ke KFC lain kerana KFC yang tadi ayamnya sudah habis.

"jauh tak KFC yang satu lagi ni"? Muadz anak sulung saya menyoal.

"dekat aje, kejap lagi sampai lah", saya membalas.

"kata dekat aje, tak sampai-sampai pun", Muadz terus menyoal sedangkan kereta baru sahaja keluar dari AEON JJ.

"iye sabarlah, dah nak sampailah ni".

"kat KFC yang satu lagi ni ayamnye banyak lagi ye abi"?

"iyeeee......"

Kami pun sampai di KFC Semabok. KFC Semabok ini kembar siam dengan stesen minyak Petronas. Jadi, saya pun mengisi minyak kereta terlebih dahulu. Selepas selesai urusan mengisi minyak, barulah kami masuk ke KFC. Anak-anak dengan gelagat mereka macam setahun dah tak makan KFC.

 

Pesan Makanan

Masuk ke dalam KFC, kami pun beratur seperti biasa. Akhirnya sampai ke giliran kami.

"ye, bang selamat datang. Bungkus atau makan sini?", pekerja KFC di kaunter mula bertanya dan mengambil order. Usianya lingkungan dalam 26 tahun. Lelaki. Tampak kurang mesra gaya bahasanya.

Saya pun order makanan yang kami mahu makan.

"Colonel burger satu, Snake Plate satu taknak air", saya mula order.

"ok itu saja? lalu terus mula mahu menyiapkan order yang dibuat dengan nak mengambil talam dan pinggan.

"eh belum! ada lagi" saya menyekat perbuatannya.

Saya sambung order lagi. "Colonel chicken rice satu, airnya tukar milo, extra rice satu, chezzy wedges satu. Lepas itu minta pinggan kosong satu. Ok dah".

Lalu petugas ini membuat kerjanya.

Lazimnya pekerja KFC ini akan key in dahulu senarai menu yang kita order. Tetapi petugas ini sekadar bertanya dan bertanya tanpa key in apa-apa pun di mesin kaunternya itu. Mungkin dia selesa dengan cara ambil order yang begitu. Tapi adakah dia dapat menjangka jumlah order yang bakal pelanggan pesan? Kalau menu yang dipesan melebihi 10 menu, adakah dia mampu mengingatinya semua?

SOP kepada petugas KFC ini sepatutnya diselaraskan oleh seluruh cawangan KFC dan pengurus cawangan harus sentiasa peka dengan apa yang berlaku di kaunter. Selingan.

[caption id="attachment_92" align="aligncenter" width="459"]kisahkfc2 Habis licin semua makanan[/caption]

 

Membayar Pesanan

Pesanan saya disiapkan. Setelah semuanya dia siapkan, barulah dia key in satu persatu.

"ok bang, semua sekali RM 23.10."

Saya menghulurkan wang RM50.

"abang ada sepuluh sen?"

Saya bertanya kepada isteri saya jikalau ada sepuluh sen. Tidak ada. Lalu saya mahu mengambil dompet saya untuk mengambil sepuluh sen.

"takpelah bang... tak payah".

Oh.. Mungkin lama sangat masa yang saya ambil untuk memberi sepuluh sen kepadanya. Dan mungkin itu membuang masa dia yang sememangnya sibuk. Ok, Saya tidak ambil kisah.

Isteri saya berbisik, "bang, betul ke dia kira tu? Macam murah sangat je"?

Yeke? Lalu saya pun minta petugas KFC itu check semua menu yang dia key in.

Ok bang, semua dah masuk.

Oh ok. Kami pun berlalu meninggalkan kaunter dan mula mencari meja makan. Anak-anak sudah bermacam-macam bunyi mahu makan dengan segera. Kami pun ambil sebuah meja untuk kami makan satu famili.

Isteri saya cetuskan lagi perihal harga.

"bang macam tak logik je harganya ni. Nasi ni dah sepuluh ringgit lebih. Snake plate tu pun dalam 10 ringgit. Burger ni je dan tujuh ringgit. Chezzy wedges ni lagi, Dengan tukar air lagi. Takkan banyak macam ni RM23 aje?".

"dah dia cakap semua dah masuk, ok lah tu kot. Mungkin tengah harga promosi ke ape ke", balas saya sedangkan hati saya sendiri pun sedang tidak tenteram memikirkan hal itu.

Hidangan masih belum dijamah.

 

Minta Resit

Kami masih belum selesa untuk menjamah hidangan. Harga yang dibayar seperti ada yang tak kena. Lalu saya pun bangun dan menuju ke kaunter tempat saya pesan makanan tadi.

"bang boleh minta resit saya punya order tadi tak?" soal saya kepada petugas KFC lelaki yang memakai baju kemeja agak keputihan. Lelaki ini berada di sebelah kaunter yang saya pesan tadi.

Dengan muka yang 'kurang mesra', lelaki ini swap kad yang mungkin berfungsi sebagai 'melepasi sistem keselamatan'. Mungkin lelaki ini pengurus atau ketua syift.

Lama menyemak kembali pesanan saya. Kerana sudah bertindih-tindih dengan pesanan orang lain. Dapat. Print lalu diberikan kepada saya.

Saya kembali ke meja dan menyemak senarai yang ada dalam resit itu.

[caption id="attachment_91" align="aligncenter" width="487"]kisahkfc1 Resit Pembayaran[/caption]

Tertinggal Satu Menu

Saya semak satu persatu. Sah. Memang tertinggal satu menu. Snake Plate saya tidak dimasukkan dalam senarai. Lalu, saya terus kembali ke petugas KFC yang gayanya macam seorang ketua itu.

"bang. snake plate tak ada dalam ni".

Tanpa sepatah ayat yang terpacul di mulutnya, dia terus menaip-naip di kaunternya.

"ok, sembilan ringgit lima belas sen". itu sahaja ayat yang keluar di mulutnya.

Saya menghulurkan wang RM20.

Saya mula nak beramah "bukan biasanya Sanke Plate harganya dalam RM10 ke?"

Dia diam. Sambil menghulurkan baki wang saya.

"Betul ye bang harga Snake Plate lapan ringgit ni? saya kata lapan ringgit sebab tertera di screen itu harga Snake Plate RM8.65 tak termasuk Tax.

"ye". Itu sahaja jawapannya.

Saya terus berlalu dari situ. Ke meja makan dan terus menikmati hidangan yang di pesan.

 

Pedoman Dari Kisah Ini.

Panjang pula ceritanya kali ini ya? hehehe. Saje je nak bagi panjang. bagi feel sikit suasana yang saya hadapi tadi. Peristiwa baru berlaku, so nak bercerita itu seronok sikit.

Ok, apa pedomannya dari kisah ini?

Sebenarnya kes seperti ini sudah banyak kali saya hadapi bersama KFC. Menu tidak dikira dan kita bayar harga yang kurang daripada harga sepatutnya. Saya tak pasti kenapa petugas KFC boleh cuai dan terlepas pandang perkara seperti ini.

Tindakan KFC tidak memberikan resit kepada pelanggan kecuali diminta juga merupakan satu tindakan kurang bijak. Pelanggan yang tidak kisah perihal harga akan tidak ambil peduli akan harga yang dibayarkan. Pelanggan juga tidak akan dapat menyemak kembali apa yang dia pesan dan apa yang dia bayar.

Saya menasihati diri saya dan sahabat-sahabat agar lebih berhati-hati terutama jika makan di mana-mana tempat sekalipun. Pastikan kita bayar apa yang kita dapat dan apa yang kita makan. Perihal makanan ini suatu perkara yang harus di ambil berat dan kita bimbang apa yang masuk ke tubuh kita ini sesuatu yang tidak sepatutnya dan ianya berlaku tanpa pengetahuan kita.

Jika kita pergi ke mana-mana kedai khususnya kedai makanan segera ini dan juga khususnya KFC, mintalah resit pembelian kita agar kita boleh semak semula apa yang kita pesan dan apa yang kita bayar.

Itu sahaja cerita kali ini.

Happy ending. :D

[caption id="attachment_94" align="aligncenter" width="436"]kisahkfc4 Menu baru KFC yang tidak menarik minat saya untuk order[/caption]


Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top