Tahun 1430 Hijriah akan melabuhkan tirai beberapa hari lagi. Begitu juga tahun 2009 mesihi yang turut akan mengekori melabuhkan tirainya.

Tahun ini, antara tahun yang mencabar buat diri. Blog yang dahulunya aktif kini nampak macam suam-suam kuku. Sahabat-sahabat setia sering bertanya mengapa blog sudah lama tidak update? Apa yang telah berlaku?

Hendak memberi jawapan atau tidak? Memberi jawapan takut dikatakan mencipta alasan. Hendak diam dikatakan sudah sombong. Harus bagaimanakah membuat satu penerangan? Bolehkah baca hati di dalam ini tanpa menggerakkan lidah untuk melantunkan suara berbunyi sebuah jawapan?

Tahun 2009 @ 1430H memberi seribu makna. Terhimpun di dalamnya pelbagai karenah diri yang terkadang entah apa-apa. Tahun ini sudah menjadi seorang bapa. Adakah ini boleh dijadikan jawapan? Bukan ini jawapan sebenar.

Tahun ini sudah sambung belajar. Bolehkah ini dijadikan jawapan? Terpulang...

Di hujung tahun ini, minda agak tidak terurus dengan rapi. Banyak yang hendak dikejar, banyak pula yang hendak digapai. Sama-sama terlintas, sama-sama menetas. Hendak dilayan yang mana satu dulu.

Tahun baru bakal menjelma. Minda ini semakin sarat dengan entah apa-apa karenah. Itu dan ini. Sanasinisamasaja. Mahu apa? Teruskan saja!

Post a Comment

Jemba said... December 13, 2009 at 8:04 PM

Lelaki dijadikan dengan fitrah seorang pemburu. Kita bisa memburu apa saja. Tinggal mampu atau tidak kita mengejar dan menjejak apa yang diburu itu. Kemaskan langkah, dan buru satu persatu. Kalau yang diburu itu adalah untuk diganjari oleh-Nya, in-sya-allah, semuanya akan dipermudahkan tanpa disedari.

Random Posts

3/random/post-list
 
Top