Assalamualaikum wbt. Telah lebih 2 minggu anak saya dilahirkan ke dalam dunia ini. Alhamdulillah syukur pada Allah yang mengurniakan satu amanah yang sangat besar tanggungjawab untuk memeliharanya ini.

Menyusuri perjalanan berhadapan realiti yang terjadi ini adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak ada yang senilai dengannya untuk dibuat perbandingan. Pengalaman yang dihadapi merupakan tarbiyyah secara terus daripada Allah swt kepada hambaNya.

Sememangnya jika mahu difikir dengan biasa, kelahiran bayi ini adalah perkara biasa dan tidak ada yang istimewa. Namun, bagi saya, apa yang telah saya lalui telah menebalkan lagi keyakinan saya terhadap Tuhan yang saya sembah dan agama yang saya anuti sejak lahir dahulu.

Isteri saya sebenarnya dijangka akan melahirkan bayi pada tarikh 8hb April 2008. Jika di kenang semasa kelahiran pada 14hb Mac yang lalu, bayi saya lahir awal lebih kurang 24 hari. Di sebabkan jangkaannya masih awal, maka persiapan yang dibuat tidaklah sebanyak mana. Cukup sekadar sebundle lampin, 2 helai baju dan perkara asas yang lain.

Lumrah kebiasaan, surah surah lazim sentiasa di baca atau diperdengar. Tidak ada lansung tanda kelahiran secara fizikalnya.

Seminggu sebelum isteri saya bersalin, saya mendapat mimpi yang mengambarkan isteri saya telah bersalin dan melahirkan bayi lelaki di sebuah klinik dengan bantuan seorang nurse. Di dalam mimpi itu terasa begitu mudahnya isteri saya bersalin. Sambil bersalin, sambil tersenyum. Selepas saya mengiqamatkan di telinga kiri bayi saya, saya pun tersedar dari tidur. Saya khabarkan mimpi tersebut kepada isteri saya. Saya menyatakan kepadanya, 'mungkin ini signal dari Allah'. Saya saya tak mahu tertekan dengan mimpi itu lantas merasakan mimpi itu hanya mainan tidur.

Keesokan harinya pula, isteri saya pula yang bermimpi dia telah bersalin. Saya merasakan something berkaitan mimpi ini.

Selang sehari selepas itu, saya bermimpi lagi isteri saya bersalin. Gambaran di dalam mimpi itu, isteri saya bersalin di rumah dengan selesa dan saya yang bersama-sama menyambut bayi. Tersedar daripada mimpi itu, saya beritahu pada isteri saya bahawa mimpi itu semua bukan mimpi saja-saja. Isteri saya mengangguk. Mungkin masanya tidak lama lagi. Mentaliti saya semakin bersedia untuk menerima situasi yang akan berlaku. Saya pastikan telefon isteri sentiasa ada kredit bagi memastikan dia boleh call saya serta merta apabila terjadi apa-apa.

Hari Rabu 11hb Mac, isteri saya mengadu tak larat untuk bekerja. Dan katanya, ada cecair coklat yang keluar. Tapi isteri saya kata tak ada apa-apa. Petangnya saya menghantar isteri saya ke Klinik Ibu Mengandung Merlimau. Nurse check isteri saya dan katanua tidak ada apa-apa. Keluar air katanya normal.

Keesokannya, Khamis 12hb, saya mengambil cuti. Saya mendesak isteri saya untuk ke Klinik Swasta Dr Hazanath di Semabok untuk double check. Sampainya di klinik, doktor Hazanath terkejut dan mengatakan isteri saya sudah mahu bersalin. Serta merta doktor menasihati pelbagai perkara dan jangan ambil mudah walau keluar setitis air. Saya agak panik juga bila doktor seolah-olah membawa satu sikap yang mengajak saya untuk berasa cemas.

Isteri saya discan untuk melihat kedudukan baby. Alhamdulillah kedudukan ok. Uri berada di atas. Doktor Hazanath memberi surat dan menyuruh saya membawa isteri saya serta merta ke Hospital.

Isteri saya masih lagi berdegil tak mahu ke hospital. Katanya, dia belum bersedia. Saya sentiasa memberi kata-kata semangat untuk bersedia setiap masa. Saya sedia maklum, ini pengalaman pertama, sudah tentu dia berasa cemas dan berdebar-debar.

Sampai di hospital Muar, isteri saya terus di tahan dan dimasukkan ke dalam wad. Doktor kata, kalau takde apa-apa, selepas satu hari isteri saya boleh keluar. Malam itu saya pulang ke rumah dan isteri saya pula berada di wad.

Malam itu, kakak senior saya semasa belajar dahulu iaitu Kak Salfarina sms saya bertanyakan ttg isteri saya. Dia mengatakan bahawa dia telah bermimpi isteri saya telah bersalin. Saya semakin terasa akan signal ini.

Esoknya hari Jumaat 13hb Mac, entah mengapa barulah saya baru tergerak untuk buat air selusuh. Sepatutnya saya perlu buat lebih awal. Air selusuh yang saya buat menggunakan air mineral botol kecil dan saya bacakan ayat-ayat serta selawat yang digariskan dalam panduan untuk membuatnya. Saya cuba mencari minyak kelapa untuk buat minyak selusuh tetapi amat sukar untuk mendapatkan minyak kelapa itu.

Petang selepas kerja, saya terus bergegas ke hospital Muar bersama-sama air selusuh yang saya bacakan selepas solat Jumaat. Sampai di hospital saya berikan air itu kepada isteri saya dan saya menyatakan minum air ini jika ada apa-apa tanda.

Tak lama. Malam itu juga isteri saya terasa sakit dan keluar lendir serta darah. Isteri saya menelefon saya pada jam 3 pagi menyatakan situasi yang sedang dilaluinya. Saya menyuruhnya segera minum air selusuh itu dan katanya dia sudah minum.

Isteri saya menelefon lagi buat kali kedua menyatakan jalan sudah terbuka 3cm dan dia akan dibawa ke labour room. Serta merta saya berdebar. Mata yang mengantuk menjadi segar.

Sebelum bergerak ke hospital, sempatlah juga solat sunat 4 rakaat memohon ampunan pada Allah dan berdoa mengharap agar semua urusan yang akan dilalui ini dipermudahkan olehNya.

Jam 3.40 pagi, saya keluar dari rumah menuju ke Hospital Muar. Ketika memandu, memang terasa akan ngantuknnya tambah-tambah lagi dengan suasana yang hening dan hitam menambahkan lagi kelesuan pada mata. Namun demi isteri dan bayi yang bakal lahir, digagahi juga dengan memandu selaju 120 hingga 130 km/j.

Lebih kurang jam 4.15 pagi, saya tiba di dewan bersalin. Isteri saya masih belum bersalin. Saya hanya menunggu di luar. Tak dibenarkan masuk. Saya bertanya kepada nurse bertugas. Katanya jalan baru buka 3cm. Bayi boleh lahir bila sudah buka 10cm. katanya setiap 4 jam baru doktor akan check. Maknanya, dalam jam 8 pagi baru akan dicheck semula. lama lagi..

Masuk waktu Subuh, saya ke surau Hospital dan solat Subuh. Setelah solat, saya ke kereta dan tidur sebentar lantaran ngantuk yang teramat. Malam tadi lansung tak tidur.

Lebih kurang 15 minit sahaja terlelap, emak saya telefon bertanya perkembangan. Selepas itu, saya ke Dewan Bersalin semula. Duduk, berdiri berjalan. Jam 9 pagi, saya bertanya kepada nurse bertugas berkaitan perkembangan isteri saya. Masya Allah, jawapan yang agak mengejutkan. 'Isteri encik sudah selamat bersalin jam 8.15 tadi'. Ya Allah! Kenapa tak beritahu awal-awal!!.

Rakan saya yang juga sedang menunggu isterinya bersalin di dewan itu mengucapkan tahniah. Saya mengambil wudhuk dan bersiap sedia untuk mengazankan anak sulung saya.

Anak saya lahir jam 8.16 pagi dengan berat 2.4 KG.

Saya dipanggil nurse untuk mengazankan. Subhanallah, Maha Suci Allah. Apabila pertama kali saya terpandang anak saya, amat sukar untuk saya terjemahkan perasaan saya ketika itu. Dengan agak kekok, saya mengendong anak saya. Di telinga kanan, saya azankan, kemudian di telinga kiri saya iqamah. Kemudian kembali semua ke telinga kanan membaca surah Inna Anzalna dan ke telinga kiri surah Ikhlas.

Alhamdulillah sempurna sifat. Isteri saya juga Alhamdulillah.

Isteri dan anak saya keluar dari labour room jam 10.15 pagi. Alhamdulillah.

Satu Pengalaman Yang Amat Berharga.

Dan anak sulung ini, kami namakan dia MUHAMMAD MUADZ SYAHMI BIN MOHD SAFARI.

Post a Comment

debra morgan said... April 11, 2015 at 10:29 AM

Hello Am Mrs, Morgan debra Am pemberi pinjaman pinjaman yang sah dan dapat diandalkan memberikan pinjaman
pada syarat dan ketentuan yang jelas dan dimengerti pada tingkat bunga 2%. dari
$ 12.000 untuk $ 7.000.000 USD, Euro dan Pounds Hanya. Saya memberikan Kredit Usaha,
Pinjaman Pribadi, Pinjaman Mahasiswa, Kredit Mobil Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bills. jika Anda
membutuhkan pinjaman apa yang harus Anda lakukan adalah bagi Anda untuk menghubungi saya secara langsung
di: morgan debra 1986@gmail.com
Tuhan Memberkatimu.
Salam,
Mrs Morgan debra
Email: morgandebra1986@gmail.com
Catatan: Semua balasan harus kirim ke: morgandebra1986@gmail.com

Random Posts

3/random/post-list
 
Top