Petang tadi, aku pergi ke klinik gigi yang telah aku buat temujanji semalam. Aku tak hadir bekerja pada hari ini untuk persiapan menjalani pembedahan ini. Tambahan pula pihak klinik telah berjanji untuk memberikan aku cuti sakit selama dua hari. Sejak dari rumah lagi, hatiku sudah berdebar debar menanti saat untuk menjalani pembedahan kecil mencabut baki gigiku yang patah tempoh hari. Aku coba untuk mengcoolkan diriku. Sentiasa berfikiran positif.

Sampai di klinik, jam 3.pm, terus sahaja daftar. Lepas daftar terus masuk ke bilik rawatan dan doktor sudah bersedia untuk merawat dan menjalani pembedahan kecil ke atas diriku. Aku masuk ke bilik tersebut dan doktor mengarahkan aku berbaring di kerusi. Melihat peralatan yang tersedia agak mengerikan, tapi hati tetap cool. Aku berjaya untuk mencoolkan diriku.

Sebelum gigiku di'projek'kan, doktor memberi penerangan ringkas tentang situasi gigi aku dan memberi tahu proses pembedahan yang bakal dijalankan. Doktor kata, gusiku akan dibelah sedikit dan selepas itu akan dipotong kecil kecil untuk mengeluarkan gigi. Selepas itu gusi akan dijahit semula. (sila klik Read More)

Selesai sesi penerangan, bermulalah episod pertama dalam sejarah kehidupanku. Aku tak pernah alami lagi pengalaman seperti ini inilah pengalaman yang berharga buatku.

Doktor menyapu jel yang berperisa strawberi di sekeliling gigi dan gusi. Kemudian aku disuruh menggigit kapas. Aku tak pastu apa peranan jel strawbery itu. Mungkin untuk mengkebaskan gusi supaya tak terasa sakit ketika dicucuk jarum bius nanti. Lebih kurang seminit selepas itu, doktor pun cucuk gusi aku untuk memberi bius. Aku menerima 3 cucukan bius dan doktor membiarkan aku seketika. Mulutku mula terasa kebas.

Selepas aku dibiarkan seketika, doktor meneruskan tugasnya dengan memotong gusiku. Aku tak terasa gusiku dipotong. Mungkin hebat juga bius kali ini berbanding bius yang aku terima minggu lepas di klinik yang sama. Selepas gusi di potong, doktor cuba untuk mencungkil dan menarik gigiku. Namun, doktor mengatakan yang gigi aku degil kerana tak mahu keluar.

Doktor membuat keputusan untuk memotong gigiku. Terasa agak ngilu mendengar bunyi mesin pemotong tersebut. Di gigi tidaklah rasa sakit, cuba hanya merasa benda bergerak-gerak sahaja. Ketika proses memotong berlaku, terpancut air dan darah keluar dari mulutku. Banyak kali juga kapas dimasukkan ke dalam mulut bagi mengurangkan darah. Melihat koleksi kapas yang dipenuhi darah di rak sebelah aku agak mengerikan.

Doktor berhenti memotong dan cuba untuk mencungkil gigi. Dicungkil cungkil gigiku berulangkali namun gigi ku masih degil macam tuannya jugak. hehe. Tika ini aku berdoa agar urusan ini dimudahkan dan dicepatkan. Khuatirku pada tika itu ialah apabila ubat bis akan habis.

Doktor memotong lagi gigiku untuk kedua kalinya. Terasa agak sakit di tepi pipiku kerana besi penyendal yang dipegang oleh pembantu doktor.

Selesai memotong, doktor mencungkil lagi gigiku. Ku lihat doktor mengambil penyepit dan selepas itu cebisan gigi pertama aku berjaya dicabut dan dikeluarkan. Cungkil dan cungkil lagi, hirisan kedua pun dikeluarkan.

Berehat seketika dala 2 minit, mulutku juga agak lenguh asyik menganga dari tadi. Proses seterusnya pun dijalankan. Doktor mencungkil lagi dan yang kali ini agak mudah. Sebentar sahaja telah berjaya dicabut sambil doktor berkata 'haa, keluar pun dia.. degil sangat...'.

Di sepanjang proses pembedahan ini, doktor dan pembantunya asyik berbual sahaja sambil tergelak gelak. Aku agak risau jikalau doktor tersalah buat kat gigi aku. Atau mungkin juga mereka berbual itu sebagai strategi untuk menenangkan aku. Mungkin jga... entah lah.

Selesai semua, gusiku yang sudah ketiadaan gigi itu dicuci. Selepas cuci, gusiku dijahiit dengan benang hitam dengan 2 jahitan. Doktor pesan minggu depan kena datang lagi ke klinik untuk buka jahitan. Masih kena dtg lagi rupanya...aduhaiiii... Ketika proses menjahit itu, gusiku sudah mula agak rasa sakit. Mungkin power bius mula menghilang. Disebabkan sudah mahu selesai, aku diamkan sahaja.

Walaupun ada rasa sakit juga di sepanjang proses pembedahan kecil ini, ianya tidaklah sesakit semasa cubaan mencabut gigi ini minggu lepas. Dan sebelum aku hadir untuk pembedahan ini, aku cuba memotivasikan diriku dengan kisah Rasulullah di zamannya yang patah gigi dalam keadaan tiada bius ketika itu. Selain itu, aku cuba mengexplore di internet membaca kisah kisah dan pengalaman orang lain berhadapan dengan pembedahan berkatan gigi bongsu.

Selesai pembedahan, doktor memberi sedikit penerangan tentang apa yang akan berlaku dan yang perlu dilakukan selepas ini. Doktor mengatakan, aku akan mengalami bengkak dalam 2-3 hari dan itu merupakan perkara normal. Makan juga kena yang lembut seperti bubur. Sempat juga aku melihat gigiku yang degil itu. Aii.. panjang sungguh akarnya. Patutlah degil.

Aku keluar untuk mengambil ubat. Isteriku yang setia menunggu diluar menyambutku dengan senyuman. Aku diberi ubat antibiotik, ubat kurangkan bengkak, ubat tahan sakit dan ubat kumur beserta 2 bungkus kapas. Aku mendapat mc untuk hari ini dan esok. Aku dikenakan bayaran sebanyak RM 160.00.

Aku keluar, di luar hujan renyai. Aku menyerahkkan kunci kereta kepada isteriku untuk memandu kerana aku rasa agak letih beradu kesakitan.

Itulah pengalaman aku berhadapan dengan pembedahan kecil mencabut gigi bongsuku. Kini aku sudah tidak ada gigi bongsu lagi. Tapi tak taulah akan datang kalau ada yang nak tumbuk lagi di rahang yang lain.

Aku agak berpuas hati juga dengan servis di klinik itu dan aku rasa berbaloilah dengan harganya. Jika aku pergi ke kelinik kerajaan, aku yakin hati aku tidak akan puas. Cerita cerita dari orang lain juga menasihatkan jika mahu cabut gigi pergilah ke klinik swasta. Kalau setakat mahu tampal, boleh la ke klinik kerajaan.

Kini aku sedang menanggung kesakitan dan petang tadi sakitnya amat terasa sekali. Mungkin bius sudah habis terus. Sekarang dah ok la sikit. Tadi makan malam hanya dengan bubur berlaukkan ikan bilis yang ditumbuk halus buatan isteriku. Terima kasih buat isteriku yang sentiasa menyapotku...

Post a Comment

Anonymous said... December 5, 2008 at 9:40 AM

syabas ...takziah kepada gigi bongsu ko tu . Allah nak bagi cuti berehat sikit tu...rehatlah ye

Anonymous said... December 25, 2008 at 11:17 PM

assalam..
Im a future dentist and like to suggest U to look at this blog which i thing may benefite u inshaAllah

drleen.wordpress.com

and it is not true to say that goverment service is low compare to private.im sure u can the explaination from the blog.

im not promoting the blog just 4 d purpose of spreading knowledge for u to write the true thing.

afwan.wslm

Goldman said... December 15, 2009 at 12:04 PM

untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com

harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa

Anonymous said... February 12, 2014 at 10:37 PM

Awak buat pembedahan gigi di mana eh? Saya ada dua gigi bongsu dalam gusi. Kos kat tmpt lain mahal la

AlongSafa said... November 9, 2014 at 8:15 PM

saya cabut di klinik gigi teluk mas

Random Posts

3/random/post-list
 
Top