Alongsafa nama yang agak sinonim buat penggemar nasyid di era awal 2000. Kehadiran penulis ini tidaklah segah penulis terkenal yang mencipta nama melalui penulisan yang hebat dan pembukuan penulisan yang banyak.
Alongsafa hanya seorang insan biasa yang dikurnia Allah nikmat iman dan Islam menumpang di atas muka bumi ALLAH yang Maha Luas ini. Alongsafa bukanlah insan glamour, insan yang tidak dikenali oleh orang orang lain. Hadirnya dia seumpama datangnya tidak di undang, perginya tidak di usir.
Walau bagaimanapun, di dalam arus media tanpa sempadan di internet ini, kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya bagi berkongsi pendapat, meluahkan idea, menyatakan cadangan dan sebagainya terutama dalam perihal nasyid dan kehidupan semasa.

Random Posts

3/random/post-list
 
Top