Pelbagai perkara sudah dilalui dalam hidup ini. Yang suka yang duka. Pelbagai rencah. Bahkan kita semua melalui rencah hidup masing-masing.

Dan hidup ini perlu diteruskan. Selagi mana belum tiba masa untuk dipanggil pulang. Masih banyak perkara yang perlu dibuat, dirancang dan dilaksanakan.

Apabila menyelosori episod kehidupan ini, ianya satu perkara yang seronok juga untuk difikirkan. Melihat perubahan, melihat tindak tanduk manusia dan macam macam lagi.

Seperti anda, saya juga merancang dan berfikir untuk membuat itu dan ini. Ada yang sudah dibuat. Ada yang masih diperingkat angan-angan. Bahkan masih di peringkat percubaan.

Demi demi dikit akan saya kongsikan apa yang saya fikir dan apa yang saya faham di ruangan luahan blog peribadi ini. Agar saya dapat memuhasabah diri dan yang seronoknya, tulisan kita hari ini akan menjadi kenangan indah pada 10 tahun akan datang.

Blog ini agak lama dibiarkan sepi. Terasa rugi di sepanjang kesepian itu, saya mungkin terlepas episod episod hidup yang saya lalui untuk saya kenang dan muhasabah kembali di masa mendatang.

InshaAllah. Kita berusaha.
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment

 
Top