Kasih sayang adalah satu perasaan yang unik. Ia ada, tetapi ia tak nampak. Yang dapat merasakannya hanyalah orang yang melaluinya sahaja. Pada artikel ini, kita tumpukan perihal kasih sayang itu kepada manusia sesama manusia. Lebih khusus lagi, tumpuan diberikan ke arah pasangan muda mudi yang mencari kekasih hati masing-masing. Pasangan yang sedang dilamun cinta seringkali mengatakan kasih dan sayangnya terhadap pasangan. Namun, sejauh mana perasaan sayang itu, mungkin hanya dia seorang sahaja yang tahu. Perkataan tidak akan mampu menterjemah akan apa yang berlaku di dalam gelora perasaan setiap individu. Setiap insan berhak untuk menyayangi dan berhak juga untuk disayangi.

Sesiapa yang menyayangi nescaya akan disayangi. Saya ambil contoh mudah, jika kita sayang kepada kucing, secara automatik kucing itu juga akan sayang kepada kita. Sejauh mana perasaan sayang kucing itu terhadap kita, hanya kucing itu sahaja yang tahu, tetapi melalui kelakuannya seperti menggesel-gesel, asyik mengikut kita ke mana saja, itu adalah salah satu tanda kasih sayang anda diterima dan dibalas!! Oleh seekor kucing!

Bagaimana pula jika kita menyayangi sesutau yang belum pasti akan terbalas kasih sayang itu? Situasi ini sering terjadi oleh mana-mana manusia yang inginkan dirinya disayangi maka, dia cuba untuk menyayangi orang lain. Harapannya, dengan curahan kasih sayang yang diberi itu, maka sayangnya akan terbalas dengan dia juga akan menerima kasih sayang seumpama dia memberi kasih sayang.Namun, tidak semua yang diimpi kan menjadi realiti. Kasih sayang yang diberi dengan mengharapkan balasan seumpama mengharapkan hujan yang turun tanpa hadirnya mendung. Jika 'kebetulan' maka kasih sayangnya akan terbalas. Namun, jika tidak, ia hanyalah akan menjadi seorang yang 'mengharap sesuatu yang tidak pasti'.



Menyayangi sesuatu yang bukan milik kita adalah satu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh individu muslim. Insan yang taat kepada Allah, harus meyakini bahawa, segala apa yang berlaku di dalam dunia ini adalah mengikut perintah Tuhan termasuklah perihal kehidupan individu. Sebagai contoh, mengharapkan kasih sayang daripada milik orang lain, amatlah ditegah di dalam Islam. Kerana nanti, di khuatiri akan timbul perkara buruk seperti kecewa yang teramat sangat, mahu membalas dendam dan sebagainya.

Seringkali terjadi, pelajar universiti mengharapkan kasih sayang daripada pensyarah. Juga mengharapkan kasih sayang daripada teman sepengajiannya yang dianggap sesuai untuk dirinya. Seorang ahli jawatankuasa persatuan mengharapkan kasih sayang dari Presiden persatuan, dan sebagainya. Seharusnya, fikir lah masak-masak dan kembalilah bermunajat kepada Allah. Allah akan memberi petunjuk jalan kebenaran dan yakinlah bahawa Dia takkan membawa anda semakin jauh tersesat dalam dunia kasih sayang yang di cari cari.

Sentiasa tidak berputus harap kepada Allah agar mengurniakan kasih sayang yang pertama sekali antara hati kita kepada pencipta kita, Allah swt. Jika kasih sayang kepada Allah tidak kita temui, kemungkinan jalan pencarian untuk mendamba kasih sayang insani akan dipandu oleh musuh kita yang nyata iaitu syaitan seketurunannya. Lantaran itu, sering kita dengari pada hari ini budaya cinta insani yang diakhiri dengan gejala sosial yang merunsingkan semua pihak seperti pembuangan bayi, rogol, pembunuhan, membunuh diri, pengguguran janin, seks luar nikah, pergaulan melampaui batas dan seumpamanya.



Apa yang mereka saluti pada isi kasih sayang mereka hanya ke arah keseronokan, hiburan duniawi, keindahan cinta syaitani, kenikmatan sementara yang dikesali di kemudian hari. Jika mahu lari dari semua itu, jalannya hanyalah kembali mendamba kasih sayang Allah. Kenali Tuhanmu sebelum mengenali insan insan yang mahu kita sayangi. Sayangi Tuhanmu sebelum kita menyayangi insan insan yang mahu kita cintai. Cintai Tuhanmu sebelum kamu menyatakan kasih dan sayang pada insan pilihanmu.

Alangkah indah jika kasih sayang sesama insani dipandu oleh Allah swt. Segala gerak geri kita seumpama telah di remote control oleh Allah. Alangkah nikmatnya berkasih sayang sesama pasangan kita apabila berasa Allah bersama kita, sentiasa melihat kita. Alangkah bahagianya jika ujian yang Allah berikan semakin mengutuhkan keyakinan kita akan kasih sayang Allah dan mengeratkan kasih sayang sesama insani, menuju Allah swt. 'Kasih Sayang Anugerah Ilahi'

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top