Assalamualaikum.

Dah lama lah pulak rasanya tak update blog ni. Tahun baru aritu bukan main semangat katanya nak update blog. Tengok bulan februari lepas, satu post pun takde.. ceh..

Ok. Hari ni punya cerita, teringat pulak satu kenangan semasa pegi bumi haram pada hujung 2013 yang lalu. Pelik sikit memori ni, tapi memang feveret sangat!

Apa bendanya tu?

Inilah dia bendanya



Roti / croissant perisa strawberry yang menjadi ingatan sampai ke hari ini.

Rujuk entri yang dulu2 cerita pasal roti ni jugak KAT SINI

Mula-mula bertemu roti ini adalah ketika rombongan kita orang masa tu pergi slot ziarah ke sekitar madinah seperti Masjid Quba', Bukit Uhud dan lain-lainnya. Pada waktu itu mutawwif membelikan kita orang semua roti dan air mineral.

Apabila menjamah sahaja roti ni, terus jatuh cinta.

Sejak dari hari itu, boleh dikatakan tiap-tiap hari beli dan makan roti ini. Biasanya beli yang perisa Strawberry dan Coklat. Dua-dua sedap. Tapi lebih suka yang perisa strawberry. Anak-anak pun suka. Wife pun pelik pehal tah suka sangat kat roti ni.

Ada macam-macam keluaran roti ni sebab negara sana memang terkenal dengan roti. Memang pelbagai jenis roti dijual dan akan berasa teruja melihat banyak roti yang dijual.


Waktu nak balik hari terakhir kat Mekah tu, sempat lagi beli 10 bungkus roti ni untuk di bawak balik ke Malaysia. Bukan main suka sangat. Sampai kat Malaysia, roti tu dah penyek sebab dah tertindih-tindih dalam beg. Tapi still boleh makan dan rasa nya masih tetap sama. Sedapnya!!

Sejak balik dari sana hingga sekarang, masih lagi tak dapat nak makan lagi roti ni. Selalu juga pesan kat kawan-kawan yang pergi umrah untuk tolong belikan roti ni. Tapi semuanya belum ada rezeki untuk dapat sampai ke tangan ini untuk di santap.

Ada satu sahabat ni, dia dah belikan, tapi dia kata boleh plak tertinggal kat bas. Aduhai, bila dah kata belum ada rezeki, tak dapat jugak nak merasa.. huhu. Ada juga yang dah jumpa, tinggal nak beli. Tapi bila sampai hari terakhir nak beli tu, roti tu habis plak... macam-macam.

So, kepada sesiapa yang pergi umrah, kalau rasa nak tolong belikan roti ni untuk saya, boleh la roger-roger ye... TQ very much... huhu.

Kalau xde yang nak tolong beli... Hmm.... kena pergi beli sendiri kot. huhu

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top