Pasti ramai antara kita yang akan terliur apabila memandang makanan ataupun gambar makanan. Begitulah juga yang saya alami apabila memandang gambar-gambar kuih tradisional ini. Memang boleh terliur!

Begitulah Kak Liza membuat promosinya. Memang dahsyat. Gambar-gambar yang ditunjukkan memang membuatkan orang rasa geram dan terus nak makan. Kalau nak makan, kena lah beli dulu kan... Standat lah tu.

Gambar di atas adalah kuih lompang yang merupakan kegemaran saya. Lama saya mencari kuih ini di sekitar Merlimau tetapi tidak berjumpa. Tindakan Kak Liza membuat kuih lompang ini memang sangat dialu-alukan dan dapatlah saya menjamahnya dengan berselera sekali.

Selain lompang, Kak Liza juga ada buat kuih lain seperti kaswi, sagu, lapis, apam beras dan macam-macam lagi yang dijual di sekitar Merlimau dan juga rakan-rakan kerjanya.

Kak Liza juga menerima tempahan bagi sesiapa yang nak menyediakan jamuan kuih muih atau apa sahaja majlis-majlis jamuan. 

Sesiapa yang nak menempah kuih-muih tradisional Merlimau ini bolehlah hubungi Kak Liza:

Liza Poli: 0197494247

JOM kita jamu mata kita dulu dengan gambar kuih-muih hasil tangan Kak Liza.
Nyum nyum sedapnya!!







Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top