Isu peluk artis K-pop dan gadis bertudung yang berlaku hujung minggu lalu masih belum reda. Pelbagai pihak menulis dan mengulas insiden itu dengan berbagai pendapat dan fikiran masing-masing.

Beberapa hari ini pula, muncul video yang memaparkan seorang gadis memberikan 'tazkirah' atau dengan lebih tepat, menyatakan pendapat peribadinya berkaitan isu tersebut.

Ada boleh melihat video gadis tersebut yang kini tersebar dan menjadi viral di facebook dan youtube.


Gadis ini menerima kecaman dan kritikan pengguna internet apabila rata-ratanya memerli dan mengkritiknya semula kerana cara gadis ini memberi pendapat seolah-olah sebuah tazkirah tetapi dalam masa yang sama menyebelahi tindakan gadis-gadis yang terlibat dalam kes peluk cium tersebut.

Saya melihat gadis ini mempunyai niat yang baik.
Dan saya melihat 'keyword' dan point utama yang dia nak sampaikan.

Namun, gadis ini perlu perbaiki cara huraian pointnya agar tidak di salah anggap oleh pihak lain. 

Perkara utama dan yang paling penting adalah, jika mahu memberi pandangan, berhati-hati jika nak kaitkan dengan nama Allah, nama agama, nama nabi dan sebagainya. Nama Allah, agama, nabi dan seumpamanya adalah perkara yang sangat sensitif dan jika tersalah hurai, ianya mendatangkan bahaya yang sangat besar.

Pada pendapat saya, gadis ini ada ideanya sendiri dalam melontarkan pendapat. Cuma cara huraian ideanya itu menyebabkan beliau kini turut terpalit menjadi kontroversi dan viral di sana sini.

Mungkin gadis ini dapat belajar hasil dari kesilapan ini itu pengucapan awam yang akan datang. Sebab itu dalam mana-mana pengucapan awam, perkara sensitif seperti agama, politik, kaum, ditegah kerana ianya bahaya dan boleh mengundang persepsi yang buruk jika tersalah cakap. 

Lihat sahaja program pencetus ummah baru-baru ini, apabila tersalah jawab soalan, ianya bahaya kepada seluruh umat masyarakat. Mujur Ustaz Kazim Elias mengcounter balik dan memberi peringatan kepada peserta agar berhati-hati menjawab soalan. Jika tak tahu, lebih baik jawab tak tahu berbanding menjawab sesuatu yang salah. (rujuk final Pencetus Ummah, soalan tentang payung emas poligami).

Kembali kepada isu gadis ini pula. Saya lihat niatnya adalah untuk menyebelahi anak-anak muda yang bertudung itu agar tidak terlalu menekan dan mengutuk mereka seolah-olah mereka tidak ada peluang lagi untuk bertaubat. Betul. Saya setuju point dia yang ini. Cukuplah isu ini telah menjadi viras sebagai pengajaran kepada gadis-gadis itu. Kita juga mengharap gadis yang terlibat dalam kes peluk cium itu sedar akan kesilapan mereka dan bertaubat serta belajar tentang agama Islam dengan lebih baik lagi.

Dalam masa yang sama, yang menegur dan menghentam gadis bertudung itu pula juga perlu bermuhasabah dan seperti kata gadis itu, janganlah berasa "Islam Sangat" apabila menegur orang lain kerana setiap orang ada dosa masing-masing dan ada aib masing-masing.

Cuma pada sudut menggunakan nama Allah itu saya tidak setuju. Memanglah semua yang berlaku dalam dunia ini atas izin Allah. Atas aturan Allah. Tetapi kita manusia ini pula sifatnya adalah mengikut kata diri sendiri dan nafsu sendiri. Kita manusia bukanlah malaikat yang sentiasa patuh apa yang Allah perintah. Kita manusia memang selalu engkar perintah Allah. 

Dan tentang isu gadis bertudung itu datang ke majlis k-pop dikatakan atas izin Allah, naik ke pentas atas izin Allah, dipeluk cium atas izin Allah, ianya adalah keterlaluan dan meletakkan nama Allah atas perilaku maksiat seperti itu adalah satu kesilapan yang nyata dan seharusnya gadis ini lebih berhati-hati menggunakan bahasa.

Seharusnya gadis ini tidak meletakkan nama Allah di situ dan video ini tentunya akan menjadi cantik dengan pendapatnya dan pengucapan awamnya yang nampak ada potensi. Sekali lagi saya ulang, tak perlu masukkan nama Allah, nabi, agama kat mana-mana pendapat yang kontroversi ini sebab takut takut kita tersalah guna. Begitu juga kalau kita menyampaikan sesuatu yang bersandarkan agama, juga harus teliti takut-takut apa yang kita sebar itu sebenarnya adalah dusta dan palsu.

Ya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak upload video mengundang risiko menjadi viral. Jika tak menjadi viral, tak kisah lah kan. Tapi bila dah jadi viral, nak tak nak, si gadis ini nampaknya perlu upload satu lagi video untuk minta maaf atas keterlanjuran bahasa dan kesilapan meletakkan nama Allah, agama dan nabi pada tempat yang tak sepatutnya.

Isu K-POP ini besar pengaruh viralnya.

Namun, tulisan saya ini tidak akan menjadi viral. Itu pasti.

Post a Comment

Liza Mohammad Jali said... January 15, 2015 at 8:41 PM

Agreed! That's what i wrote bout this video

 
Top