Anugerah Nasyid IKIM.Fm baru sahaja melabuhkan tirainya. Majlis yang berlansung pada 10 Januari 2015 di PICC Putrajaya ini berlansung dengan jayanya tanpa sebarapang masalah yang tidak diingini.

Entry ini adalah sekadar coret-coret melalui pemerhatian dari kaca tv sepanjang majlis tersebut berlansung.

CORET-CORET ANUGERAH NASYID IKIM.FM

1. Pengacara Amin Idris dan Heliza Helmi dilihat serasi mengendalikan majlis besar seumpama itu. Heliza yang sebelum ini dilihat tidak mengacara majlis-majlis yang besar dilihat mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh. 

2. Amin Idris agak banyak berceloteh yang kadang-kadang tiada kena mengena dengan majlis yang berlansung.

3. Nota panduan untuk pengacara majlis terlalu besar hingga mengganggu pandangan. Pengacara juga agak terganggu dengan saiz nota itu yang agak besar.



4. Persiapan beberapa artis nasyid yang bertanding dilihat 'ala kadar'. Malah ada yang tak menyediakan apa-apa kelainan pun dalam pesembahan. Sama sahaja seperti persembahan biasa ketika menerima jemputan daripada pihak lain.

5. Persembahan Kumpulan Inteam dilihat tampak berlainan daripada kebiasaan dengan menampilkan konsep pentomen / flashbob.



6. Syahril Inteam yang kurang sihat muncul di pentas persembahan Inteam sebagai pelakon yang cedera. Simbolik ini memberi pengertian yang sangat mendalam buat Inteam dan peminat-peminatnya.



7. Kumpulan UNIC tampil dengan dua anggota sahaja selepas seorang ahli kumpulannya menarik diri pada awal tahun 2015 yang lalu. 

8. Mawi dan Dato' AC Mizal memenangi kategori persembahan terbaik. Memang tidak dinafikan persembahan mereka memang terbaik dan mantap bertemakan kawasan sejuk dan bersalji.

9. Dato' AC Mizal menggunakan microfon yang sering digunakannya ketika mengacara Maharaja Lawak Mega. 



10. Mona Jasman di apit oleh dua orang lagi deejay menyebabkan pemandangan ini agak menyesakkan mata yang menonton. 



11. Kumpulan Hijjaz tidak kelihatan dalam majlis ini. Malah ketika persembahan penutup yang bertemakan nasyid otai, Hazama, Aliff Satar dan Noh hanya menyanyikan lagu-lagu Raihan dan Rabbani sahaja sedangkan Hijjaz adalah sezaman dengan mereka. 

12. Semasa mengumumkan persembahan untuk kumpulan Nowseeheart, Heliza membaca skrip yang mengatakan kumpulan ini antara yang terawal memasukkan elemen rock dan berkaloborasi dengan kumpulan Sixth Sense. Tidak pasti fakta itu betul atau tidak sebab jika tidak silap, yang berkolaborasi itu adalah kumpulan Saujana.


Untuk senarai penuh pemenang-pemenang Anugerah Nasyid IKIM.FM 2015, sila KLIK
http://munsyeed.com/malay/2015/01/keputusan-anugerah-nasyid-ikimfm-2014-ani2014/

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top