"Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi"

Majlis Anugerah Nasyid IKIM.FM 2014 sudahpun berlalu. Namun, di sebalik selesainya penganjuran anugerah itu, ianya menimbulkan banyak buah mulut dari ramai pihak khususnya peminat nasyid.

Paling menjadi buah mulut adalah isu ketiadaan kumpulan Hijjaz di dalam majlis yang besar seperti itu. Adalah menjadi satu perkara pelik apabila kumpulan Hijjaz yang merupakan antara kumpulan nasyid yang senior di Malaysia tidak hadir ke majlis demikian.

Setakat Hijjaz tidak hadir, tidak mengapa lagi. Perkara ini semakin menjadi tanda tanya apabila semasa slot persembahan penutup yang membawa tema mengenang nasyid otai, artis undangan hanya menyanyikan lagu-lagu Raihan dan Rabbani sahaja sedangkan Hijjaz adalah sezaman dengan 2 kumpulan itu.



Perkara ini mesti ada sebabnya.

Mungkin ada sesuatu yang perkara yang menyebabkan perkara ini berlaku. Namun, suasana seperti ini sememangnya satu suasana yang tkurang baik kepada industri nasyid tanahair. Dalam usaha IKIM.Fm mahu menaikkan martabat nasyid dengan penganjuran anugerah ini, tetapi ada pula cerita kurang enak yang kedengaran di telinga penggiat dan peminat nasyid tanahair.


 "antara reaksi peminat terhadap ketiadaan Hijjaz dalam Anugerah Nasyid IKIM.FM"

Post a Comment

 
Top