Sekejap je tahun 2014 dah nak abis. Tahun 2015 dah nak menjelma.

Aku memerhati setiap pandangan yang aku nampak.
Aku merenung setiap kejadian dan peristiwa yang aku lalui.

Anak aku yang nombor 3 dah pandai jalan. Baru 11 bulan. Di benak hatiku berkata. Bila anak kecik ni dah pandai jalan, maka fasa hidupku terus berubah. Terus berjalan. Aku makin tua. Usia makin termamah. Anak-anak makin membesar. Cabaran semakin besar. Menganga segala macam kebarangkalian.

Hari ini 25hb Disember. Bulan ini gaji awal. Sekolah masih cuti. Tapi akan dibuka tak lama lagi. Manakala angka-angka untuk jual beli dah ditukar terima makin berkurang. Kertas-kertas yang diberi nilai, dan dianggap raja dalam dunia ini, lembar demi lembar hilang entah ke mana. Menyusur air nan mengalir, semulur itulah hilangnya kepingan demi kepingan.

Ah. Untuk apa aku memikirkannya. Bukankah semua ini takdir yang telah ditetapkan.

Ya, takdir. Takdir yang telah ditetapkan. Tetapi adakah aku tahu apa yang telah Allah takdirkan untuk aku? Untuk hari esok apa takdirku? Untuk bulan depan? Untuk hirupan nafas seterusnya, apakah takdir yang telah tertulis untukku?

Aku tak tahu. Tetapi aku harap takdir yang ditentukan adalah yang terbaik untukku. Aku bukan ditugaskan untuk menentukan takdir. Tugas aku adalah terus berfikir dan berbuat sesuatu untuk kesinambungan hela nafas ini.

Aku kan terus merenung.

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top