Beberapa ketika, apabila duduk termangu. Berfikir sesuatu yang tidak tahu apa yang mahu difikirkan. Apabila mengimbau beberapa kelakuan dan tingkah laku yang telah lepas, baru mahu menilai sama ada wajar atau tidak.

Ah, apa sahaja yang engkau mahu dikelamunkan?

Lihat saja apa yang telah engkau lakukan hari ini?

Hari ini, engkau bekerja seperti biasa. Ya, bekerja seperti biasa. Seperti biasa juga Solat Subuh ku ala kadar sahaja. Ke masjid atau surau atau tidak? Emm, boleh dikira. Dalam sebulan, lebih banyak tak pergi daripada pergi. Dalam seminggu? Pun sama, lebih banyak tak pegi.

Kenapa?

Entahlah. Tiada masakah? Emm... masa cepat sangat kot. Tak sempat nak bangun dari tidur, waktu Subuh telahpun masuk. Mahu bersiap, mandi gosok gigi segala bagai, tentunya jemaah surau dan masjid telah pun melangkah keluar dari pintunya.

Ok. Jadi engkaupun pergilah bekerja ya?

Ya betul. Masuk kerja pukul berapa?

8.30 pagi.

Bulan lepas berapa kali lewat?

Bulan lepas tak pernah lewat. Bulan ni baru sekali. Tu pun lewat seminit je. 8.31 am.

Sungguh, memang masa menghimpit.

Eh, sudah pukul 1.00 pm. Rasa macam sekejap saja. Tekun bekerja barangkali. Hingga tidak sedar masa berlalu dengan pantas.

Eh, dah pukul 5.30 petang. Kerja tak siap lagi ni! Banyak lagi yang hendak kena selesaikan. Cepatnya masa berlalu.

Bila habis waktu bekerja, maka engkau pun pulang ke rumah. Pulang ke rumah menonton karenah anak. Melayan karenah anak yang macam-macam akalnya. Hingga akal sendiri pun bersimpang siur. Dengan kerja yang masih ternganga di pejabat. Dengan kekusutan himpitan masa.

Sekejap saja sudah maghrib. Pergi berjemaah di surau dan masjid. Itu pun kadang-kadang. Kerana kesuntukan masa tidak sempat untuk bersiap indah. Sentiasa dihimpit dengan masa. Di mana masa luang ku?

Selepas isyak, makan malam dengan mengunyah-ngunyah lalu ditelan. Lantas menekan-nekan telefon dan komputer riba sehingga waktu tudur menjelang. Di mana masa luangku? Cepat sahaja masa berlalu. Sebentar sahaja sudah tiba waktu tidur.

Sehari yang hanya sekelip mata.



TINGGALKAN SEMALAM


Jauh kau pergi
Tinggalkan semalam
Dan jauh pula
Renunganmu

Alamatnya kini
Hanya duka lama
Yang tak pernah
Aku kenali

Pinta aku
Agar dunia ini bercahaya
Tak ku tinggalkan lagi
Tak terpisah kini
Hanya nasib
Akan menentukan

Selagi bernafas
Selagi ku langkah
Biar lubuk aku harungi

Asalkan kau tenang
Damai di sekelilingmu
Baru rasa aku mengerti

Bersamalah hidup
Dalam kebingungan
Bukan gelap hitam
Bukan terang
Jika aku tahu
Ceritanya ini
Dari dulu aku tinggal pergi



https://www.youtube.com/watch?v=cYIUC8_b0Jc

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top